in ,

Senarai Lagu di Konsert GEGAR VAGANZA 5 Minggu Pertama

Seperti konsert GEGAR VAGANZA musim yang sudah, para peserta ditugaskan untuk menyanyikan lagu sendiri yang dapat mengembalikan ingatan penonton kepada zaman kegemilangan mereka. Jangan lupa tonton konsert pertama. Peserta manakah yang bakal menyerlah?

Konsert BIG STAGE telah melabuhkan tirainya. Pada hari Ahad ini, 30 September adalah hari permulaan untuk episod terbaru pertarungan vokal untuk peserta GEGAR VAGANZA musim ke-5. Untuk musim ini, GV5 bertukar lokasi iaitu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam di mana lokasi yang sama dengan BIG STAGE.

GEGAR VAGANZA 2018

Pertandingan nyanyian popular yang ditunggu-tunggu peminat ini sekali lagi akan menjadi fenomena dan videonya akan sentiasa trending setiap minggu. Itu tak dikira dengan kontroversi yang akan dicungkil sebagai bahan berita.

Pastinya, para peminat seni hiburan tanah air sudah tidak sabar lagi untuk menantikan pentas ‘Gegar Vaganza’ musim kelima atau ‘GV5’ dibuka secara rasminya untuk menyaksikan gegaran bintang kembali menyengat.

Semasa sidang media pengumuman GV5, Budiey sempat menemubual beberapa orang peserta, jadi apa kata korang layari saluran Youtube Budiey untuk menonton video yang menarik kat sana.

Konsert ‘GV5’ di minggu pertama akan dibuka dengan tema yang pastinya bakal mengimbau memori lama kerana para peserta yang disegani telah diberi cabaran untuk menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.

Untuk pusingan ini, Billy Zulkarnain bakal menyanyikan lagu ‘Vida, Elite (Tamparan Wanita), Forteen (Dekat Tapi Jauh), Zamani (Kembali Terjalin), Shafie Rio (Layu Di Hujung Mekar), Hetty Sarlene (Siapa Diriku Di Sisimu), Noryn Aziz (Fantasi Oh Realiti), Safura (Bukan Lupa Tapi Tak Ingat), Amelina (Asyik), Dia Fadila (Andai), Farahwahida (Tanpamu) dan Maya Matahari (Diari Biru).

Jangan lupa untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Pertama) pada 30 September 2018 (Ahad), jam 9.00 malam.

Peserta manakah yang korang minat? Siapakah yang bakal menyerlah untuk kali ini? Sila tulis di ruangan komen okay?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Original tonton Siri Drama Unik KOPI

Sinopsis Drama Bersiri TASBIH RINDU