in ,

Siri Original tonton Siri Drama Unik KOPI

Sebuah naskah baharu dengan 13 cerpen Fixi terbaik. Tayangan di tonton 16 September – 10 Oktober 2018. Durasi 25 episod x 10 minit. Genre Siri Web

Diinspirasikan daripada cerpen Fixi tempatan KOPI, siri drama original terbaharu tonton ini menampilkan 13 tayangan cerita yang berbeza, menawarkan pengalaman baru buat penonton.

Siri drama KOPI merungkai kisah konflik keluarga, percintaan, impian yang tidak tercapai, perbezaan darjat masyarakat, obsesi dan fantasi buat cakna pemikiran di luar kotak, khas buat penonton yang meminati aliran kreatif di luar jalan cerita skeptikal.

KOPI, sebuah siri antalogi Fixi yang merungkai permasalahan kehidupan moden abad ke-21 adalah hasil garapan 13 penulis berbeza dan mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid dan Kamil Hashim. KOPI menangani isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan menerusi pergelutan emosi manusia.

kopi tonton

Siri Original KOPI diarahkan oleh Megat Sharizal Mohamed Yusoff (yang pernah mengarahkan Filem Terbaik Dari Langit, Drama Cinta 100kg dan program The Disko Baldi Show) bersama 3 lagi pengarah muda lain iaitu Mohd Faliq Mohd Sarif, Abdul Aliff Ihsan Abdul Rahman dan Ahmad Safuan Abd Rashid.

Mengenengahkan sebanyak 13 daripada 19 cerpen terbaik yang dipilih untuk dihidupkan dengan setiap episod berinspirasikan minuman adiktif kopi. Kenapa kopi? Kerana kopi menjadi permulaan cerita, penyebab peristiwa atau penyudah imaginasi. Setiap episod diolah dengan baik dan kopi menjadi medium penceritaan luar dari kebiasaan.

Saksikan lakonan hebat para bintang yang menjayakan siri Original KOPI yang diangkat dari dari naskah cerpen ke siri web, antaranya Izzue Islam, Hafidz Roshdi, Zara Zya, Nad Zainal, Faizal Hussein, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Redza Minhat, Zahiril Adzim, Jasmin Hamid, Mimi Lana, Syafie Naswip, Chelsie Ng, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Menurut Ketua Pengarah Siri Original KOPI, Megat Shahrizal Mohamed Yusoff,

“Kopi adalah sebahagian gaya hidup di zaman kini. Siri KOPI sendiri telah dikembangkan ke pelbagai genre termasuk seram, komedi dan romantik. Pemilihan pengarah yang berbeza untuk setiap siri menjanjikan jalan cerita terbaik dan pastinya mengekalkan momentum penonton untuk terus kekal di skrin elektronik.”

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad turut menambah,

‘’KOPI adalah sebuah siri web yang menampilkan 13 cerpen Fixi terbaik dalam mempelbagaikan lagi genre hiburan tempatan. Seiring dengan arus peredaran teknologi terkini, tonton sebuah portal penstriman terbesar di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 8.4 juta pengguna berdaftar kini menawarkan siri web yang unik dan baharu khas buat para pengemar cerita pendek. Merancakkan lagi promosi jelajah KOPI, trak khas turut digerakkan ke lokasi terpilih bermula 3 September lalu menyajikan kopi istimewa secara percuma bersama pelakon-pelakon utama drama KOPI; antaranya ke pejabat media, kolej, universiti serta lokasi strategik sekitar lembah Klang.”

Tambah Airin lagi,

“tonton kini menawarkan rakyat Malaysia perkhidmatan penstriman video secara percuma. Ini sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang.‘’

Siri original KOPI akan mula dimuat naik ke portal tonton setiap hari bermula 16 September 2018 hingga 10 Oktober 2018, menerusi tayangan keseluruhan 25 episod. Saksikan kesemua episod baharu eksklusif di tonton.com.my dalam format definisi tinggi (HD).

Tajuk Penulis skrip Pelakon Ringkasan episod Tarikh Tayangan
Secangkir Kopi Bersama Dia Syaihan Syafiq Izzue Islam, Zara Zya Sesi kopi terakhir seorang lelaki yang sudah berkahwin bersama skandalnya. 16 & 17 September 2018
Kopi 3 Rasa Shaz Johar Budi Citawan, Angeline Tan, Kenji Sawahi, Joyce Harn Kisah berkenaan sebuah keluarga yang meminta pembantu rumah menyediakan “Kopi” untuk mereka. Namun, kopi yang diminta istimewa buat setiap ahli keluarga. 18 & 19 September 2018
Kopi Percik Amal Hassan Syafie Naswip Kisah seorang lelaki yang sentiasa memulakan harinya dengan kopi, dan hari terakhir hidupnya tergendala akibat tidak sempat mencicip walau seteguk kopi. 20 & 21 September 2018
Kopi Julia Faizal Sulaiman Hafidz Roshdi, Jasmin Hamid, Hafreez Adam Ikram yang bertanggungjawab memenuhi segala permintaan ibunya, Julia. 22 & 23 September 2018
Kau Kopikoku Dheepan Pranthaman Thevanesh Rao Devan mencari KopikonyaArissa yang terputus hubungan selepas berakhirnya sekolah rendah, 12 tahun kemudian. 24 & 25 September 2018
Venti Redza Minhat Jasmine Suraya Chin, Kodi Rasheed, Along Eyzendy Kisah dua remaja ‘skinhead’ yang berbalah kerana berebutkan teman wanita. 26 & 27 September 2018
Cinta Kopi Gina Yap Lai Yoong Iedil Putra, Shakilla Khoriri Seorang lelaki yang kehilangan kerjanya bertemu dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe. 28 & 29 September 2018
Kopi Kola Nadia Khan Nazrief Nazri, Julia Farhana Marin Cinta pertama yang tak mungkin dilupakan kerana “Setiap yang bawa nikmat, mesti ada pahitnya’’. 30 September & 1 Oktober 2018
Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau Adib Zaini Zahiril Adzim, Elvina Mohamad Seorang lelaki yang asyik ternampak bayangan seorang gadis berambut hijau ke mana saja dia pergi. 2 & 3 Oktober 2018
Luwak Dan Kretek Ridhwan Saidi Nad Zainal Seorang penggemar novel yang bercita-cita untuk menjadi penulis bertemu dengan idolanya untuk

mendapatkan inspirasi, dengan cara yang luar biasa.

4 & 5 Oktober 2018
Bersaksi Kopi Dayang Noor Redza Minhat, Mimi Lana Seorang wanita menemani seorang lelaki kaki perempuan yang bercerita tentang kejayaanya bertukar-tukar wanita. 6 Oktober 2018
Tangan Berulat Fadli Al-Akiti Tony Eusoff, Chelsia Ng Perjalanan seorang lelaki yang mati dan dihidupkan semula. 7 & 8 Oktober 2018
Kopi Jantan Kaw Nik Adam Ahmad Faizal Hussein, Fahad Iman Seorang gelandangan memanfaatkan wang yang diperolehinya. 9 & 10 Oktober 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Palsu Kematian Saleem, Syafiq Farhain Terkesan 

Senarai Lagu di Konsert GEGAR VAGANZA 5 Minggu Pertama