in , ,

Konsert EXISTS REUNION di Stadium Malawati, Shah Alam

Seumpama judul album Diammu Gunung Berapi, di tahun 2019 ini nampaknya diamnya semua anggota Exists yang sibuk menekuni pekerjaan masing masing siap memuntahkan lahar gunung berapi mereka dengan Konsert Exists Reunion.

Maka, inilah sebuah konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists. Dan hari ini, Shiraz Projects dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Exists akan memuaskan adrenalin semua peminat mereka dengan bukan satu, tetapi dua siri konsert reunion mereka di atas jenama Konsert Exists Reunion.

Apabila meletakkan label ia sebagai reunion, ini bermaksud kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini tampil lengkap bersama formasi asalnya dalam konsert yang Shiraz Projects bawakan.

Konsert Exists Reunion

Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad.

“Adalah penting buat kami mengumpulkan, mendapatkan persetujuan sekaligus merealisasikan Konsert Exists Reunion ini bersama semua anggota asal band ini kerana tanpa formasi Exists yang lengkap, maka projek ini boleh saya katakan tidak menemui objektif sebenar.

“Namun setelah sesi pertemuan dan mencapai kesepakatan dengan satu visi yang sama, maka Konsert Exists Reunion akan segera terealisasi dan yang pentingnya ia adalah kewujudan semula Exists yang pernah menjadi fenomena di tahun 90an tetapi kali ini menghidupkan nostalgia di akhir tahun 2019,”

– Pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim

Dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia yang tidak mungkin didapatkan dalam persembahan persembahan Exists sebelumnya.

Jom Tonton Sekitar Sidang Media Konsert EXISTS REUNION

Selain ia merupakan gabungan pertama kali seluruh anggota asal Exists, mereka juga akan mempersembahkan katalog lagu dengan dinyanyikan oleh penyanyi asal yang pernah membawa nama band ini harum sehingga ke Indonesia.

Untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

Exists Reunion

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

Mengusung konsep sama, Exists akan menyapa peminat mereka di Singapura pada 5 Oktober 2019 di Mes Theatre at Media Corp, Singapore.

Dan jangan gusar, biar ia adalah sebuah reunion pertama kali yang dilaksanakan setelah 28 tahun pembabitan mereka di belantika muzik Nusantara, harga tiket yang ditawarkan cukup berbaloi.

Exists Reunion

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga RM 700, RM360, RM260, RM160, RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects.

Sekali lagi, jangan lepaskan momen dan lakaran sejarah yang bakal tercipta kelak dengan tandakan kalender anda dengan dua fakta konsert seperti di bawah ini.

KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

Exists Reunion

KONSERT EXISTS REUNION

KUALA LUMPUR:

Tarikh: 28 September 2019

Venue: Stadium Malawati, Shah Alam

Laman Web: www.shirazprojects.com

Konsert Exists Reunion

Harga tiket: RM700 (Meet & Greet)

RM360 (Diamond)

RM260 (Exist Zone – Free Standing)

RM160 (Platinum)

RM130 (Silver)

Tiket :www.myticket.asia

Contact: 0386050195

Info Hotline: 0122560082

Facebook: shirazprojects

Instagram: shirazprojects

Hashtag: #KonsertExistsReunion

SINGAPURA:

Tarikh: 5 Oktober 2019

Venue: The Theatre at Mediacorp, Singapura

Exists Reunion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tutup Kisah Lama, PU Riz Buka Restoran Food Station

Syafiq Kyle & Ain Edruce Bakal Berlumba di TGR Festival Musim Ke-3