in , ,

Syafiq Kyle & Ain Edruce Bakal Berlumba di TGR Festival Musim Ke-3

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan penganjuran Musim Ketiga bagi Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan bermula September ini.

Perlumbaan Musim Ketiga ini nanti akan melibatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan keseluruhannya dan ia melibatkan tiga litar jalanan yang direka khusus, termasuk satu lokasi di Litar Antarabangsa Sepang.  Lebih 40 orang pelumba yang akan bertanding dalam tiga kelas perlumbaan – Promotionaluntuk barisan selebriti, diikuti oleh kelas Sportingdan Super Sporting, masing-masingbagi pelumba-pelumba amatur dan profesional.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

TGR Festival Musim Ketiga Kembali September Ini Dengan Lebih Banyak Aksi Perlumbaan

TGR Musim Ketiga ini juga tidak hanya tertumpu kepada litar semata-mata kerana perlumbaan siri Gazoo Racing Velocity E-Sports akan turut diadakan semasa festival berlangsung. Pertama kali diperkenalkan September tahun lalu, pertandingan perlumbaan secara maya itu telah berjaya menarik sebanyak 400 penyertaan.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Beberapa penambahan baru bakal dibuat untuk  TGR Festival musim baru ini termasuk penglibatan Gazoo Racing Outlet yang akan mempamerkan model-model kenderaan yang diilhamkan daripada penglibatan Toyota dalam sukan permotoran dunia.  Salah satu daripadanya adalah Gazoo Racing Supra.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

“Toyota telah meraih begitu banyak pencapaian di dalam sukan perlumbaan dunia dan kami ingin membawa peminat dan pelanggan di sini lebih dekat kepada jenama Toyota serta barisan produknya disamping memanfaatkan warisan perlumbaanya selama ini.

TGR Festival bukanlah untuk sekadar menjual lebih banyak kenderaan, sebaliknya untuk meraikan kejayaan Toyota dan Gazoo Racing di dalam peta sukan perlumbaan dunia.

Dari Rali Dakar dan Kejuaraan Rali Dunia hinggalah kepada kejayaan terbaru di dalam 24 Jam Le Mans, dan menterjemahkan pencapaian ini untuk dimanfaat dan dipersembahkan kepada khalayak umum,”

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

“Dengan Gazoo Racing, Toyota diperingkat global sedang bergerak ke arah sempadan baru melalui penglibatannya di dalam sukan permotoran.

Ini kemudiannya diterjemahkan kepada penghasilan produk yang lebih baik dan sekaligus membentuk kekuatan, keupayaan dan kreativiti tenaga kerjanya.

Kami berpegang kepada falsafah ini untuk diterapkan di dalam perniagaan.

Kini, dengan model-model seperti Vios dan Yaris, termasuklah Supra yang akan dilancar tidak lama lagi, kami percaya UMW Toyota Motor mempunyai gandingan produk yang betul untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sukan permotoran di Malaysia.”

– Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Membawa sukan perlumbaan kepada khalayak umum tidak hanya diterjemahkan kepada penganjuran TGR Festival yang menggunakan litar jalanan binaan khas seperti yang dilihat di Pulau Pinang, Terengganu dan Johor sebelum ini, tetapi format perlumbaan hanya dengan satu model iaitu Vios turut menjadikannya mampu disertai oleh pelumba-pelumba amatur dan profesional.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Pencapaian Musim Kedua juga menyaksikan seorang pelumba berumur 14 tahun yang telah berjaya beralih dari perlumbaan go-kart kepada kereta lumba sedan.  Menurut Takeyama, ia menjadikan TGR Festival sebuah platform berkesan untuk pelumba muda mengasah bakat dan kemahiran mereka sebelum terlibat dalam tahap perlumbaan yang lebih tinggi.

Sementara itu, selebriti yang akan turut beraksi dalam kelas Promotionalterdiri daripada barisan penyanyi, penyampaidan pelakonseperti Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wani Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan, Diana Danielle. Musim Ketiga ini turut bakal menyaksikan penyertaan dua muka baru, Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Takeyama sendiri akan berlumba bagi musim ketiganya berturut-turut.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata TGR Festival merupakan medan untuk membuktikan keupayaan kenderaan Toyota, terutamanya Vios.

“Pengeluar kenderaan hari ini berkongsi matlamat untuk menghasilkan kereta yang praktikal, mampu milik, ekonomikal, tahan dan padat dengan teknologi termaju.

Bagi Toyota, adalah penting untuk kenderaan yang dihasilkan menepati semua itu, serta turut teruji ketahanannya dalam keadaan yang mencabar, memberikan pemanduan yang memuaskan serta pengalaman pemilikan yang menyeronokkan,”

– Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K
Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Ravindran juga menyatakan, kombinasi aktiviti perlumbaan di dalam dan di luar litar, serta pameran Gazoo Racing Outlet dan Gazoo Racing Supra menunjukkan aspirasi syarikat untuk meluaskan lagi jejaknya di dalam sukan permotoran di Malaysia di masa akan datang.

“Sukan permotoran bukanlah hanya tentang persaingan, tetapi lebih daripada itu.

Ia juga bertujuan untuk memupuk minat yang lebih mendalam, kesungguhan dan penghargaan dan kami percaya dengan gabungan perlumbaan di litar dan perlumbaan maya, model-model yang diilhamkan oleh semangat perlumbaan dan membawa peminat untuk menyaksikan perlumbaan dari dekat akan menyumbang dalam melonjakkan lagi suasana sukan permotoran di Malaysia,”

– Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K

Barisan penaja bagi Musim Ketiga TGR Festival termasuk Toyo Tires, pembekal teknologi automotif Denso, TRD Asia, jenama pelincir dari Jepun Moty’s, Enkei, minuman tenaga M7 dan Toyota Capital Malaysia.

Musim Kedua TGR Festival berakhir April lalu selepas menamatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan yang berjaya menarik lebih daripada 80,000 peminat, 1.1 juta tontonan atas talian serta tiga juara baru bagi ketiga-tiga kelas perlumbaan.

Pelancaran Tgr Festival Musim Ke-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Exists | 20

Konsert EXISTS REUNION di Stadium Malawati, Shah Alam

Gaten Matarazzo | 21

The World’s First Starbucks Signing Store Celebrates Three Years of Silent Brewing