in ,

Tutup Kisah Lama, PU Riz Buka Restoran Food Station

Pendakwah bebas yang juga pelakon, Riz Ismail kini bangkit dengan semangat baru.

Tutup buku lama, kita bukak buku baru. Apa yang berlaku baru-baru ini cukup mematangkan dirinya tentang selok belok dunia seni. Sekarang ini, PU Riz mahu mengorak langkah untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Baru-baru ini, dalam satu pertemuan bersama media, PU Riz mengatakan beliau memilih untuk mempromosikan restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu. Jom sama-sama kita ikuti Temubual Budiey bersama dengan PU Riz:

Hakikatnya juga Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.

“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan.”

“Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.”

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik.

“Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.”

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk restoran ini dipromosikan dengan lebih meluas,”

– PU Riz
PU Riz

Riz pada masa sama juga kini meneruskan kembali rutin sebagai pelajar undang undang peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti.

“Dalam hal sambung belajar ini saya mahu penuhi permintaan ibu. Saya masuk dunia seni pun atas restunya.

“Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.”

“Ikutkan apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi.”

Tapi saya kena realistik kerana hal menuntut ilmu ini takkan pernah rugi,”

– PU Riz

PU Riz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir pada 2012 selama setahun dan kembali ke Malaysia kerana pergolakan di negara berkenaan.

Melakukan banyak perkara dalam satu juga menuntut Riz membahagikan masa sebaik mungkin.

“Ikutkan ketika membulatkan hati nak sambung pengajian, tawaran berlakon itu memang datang dengan banyak. Memang menguji diri sungguh.

“Tapi saya kena pilih apa yang perlu diutamakan. Macam sekarang pun nak terima tawaran berlakon saya kena pilih yang tak makan masa panjang dan ganggu jadual kuliah.

“Pada masa sama, saya juga kena utamakan tanggungjawab untuk perniagaan restoran yang diuruskan,”

– PU Riz
PU Riz

Dalam perkembangan lain, Riz juga berdebar menanti tayangan filem sulungnya berjudul Ada Apa Dengan Dosa. Filem terbitan Pencil Pictures itu menggandingkannya dengan Wanna Ali.

Penggambaran dilakukan hujung tahun lalu dan turut mengambil latar lokasi di Scotland.

“Agak gementar… Takut bercampur teruja dapat menggalas watak utama dalam filem sulung ini.

“Insya-Allah, saya sudah cuba melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin,”

– PU Riz

Selain Pencetus Ummah, Riz juga pernah menyertai program pencarian pendakwah, Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di Jakarta yang membabitkan penyertaan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Biarpun tidak meraih kemenangan dalam program itu, Riz bersyukur apabila kehadirannya disedari beberapa produser yang menghulurkan peluang berlakon.

“Selepas tamat perjuangan di AKSI Asia 2017, saya ditawarkan berlakon empat telefilem di sana. Saya turut diberikan peranan utama dalam telefilem, Permintaan Suami Terakhir Di Bulan Ramadan,”

– PU Riz

Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat.

“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini.

Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,”

– PU Riz

Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.

PU Riz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pilihan Program Malam Raya di RTM

Konsert EXISTS REUNION di Stadium Malawati, Shah Alam