in ,

M Daud Kilau Kini Dah Bersara, Kerana Mahu Fokus Beribadah

Mula mencipta nama dalam industri seni pada tahun 1968, nama M Daud Kilau dikenali ramai sebagai penyanyi dan juga Raja Gelek. Kini, beliau yang berusia 83 tahun mahu mencari pengganti dirinya sebagai Raja Gelek.

Menurutnya, beliau akan menawarkan koleksi baju sebanyak 99 helai yang pernah digunakannya ketika membuat persembahan satu ketika dahulu secara percuma kepada individu yang menggantikannya. Individu yang mahu menggantikan dirinya bukan sahaja perlu pandai menyanyi tetapi juga boleh ‘bergelek’.

M Daud Kilau turut mengatakan beliau akan bersara dan tidak akan membuat persembahan walaupun jika ada tawaran. Malah, dirinya mahu fokus beribadah dan tinggal di kampung.

Sebelum ini, M Daud Kilau lebih banyak berbaring kerana kesihatannya merosot disebabkan menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil. Kini, beliau sudah makin sihat dan sudah boleh berjalan serta menunaikan solat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keriangan Keluarga Dalam Satu Suara dalam FAMILI DUO

Kerjasama Kilafairy dengan UFORA Bantu Golongan Terkesan Dengan Pandemik Covid-19