in , ,

Konsert Berita Gempa Sweet Charity Kembali Bersama Selepas 12 Tahun 

Sweet Charity, antara kumpulan rock ikonik rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinanti-nantikan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023.

Konsert ini meraikan kemunculan semula setelah 12 tahun sejak kali terakhir Sweet Charity beraksi bersama di atas pentas. Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu, termasuk ‘Kamelia’, ‘Teratai’, ‘Sejuta Wajah’ dan banyak lagi. Ianya menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu. 

Konsert Berita Gempa bakal menjelajah ke seluruh negara, dengan Johor Bahru sebagai destinasi pertama sebelum menuju ke Sabah, Miri, Langkawi dan akhirnya Kuala Lumpur.

Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan legenda yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock. 

Konsert Berita Gempa Sweet Charity Kembali Bersama Selepas 12 Tahun

Nama Konsert Berita Gempa diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album tersebut. Bukan sekadar penghargaan buat album klasik tersebut,

Konsert Berita Gempa ini turut memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini. Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik mereka. 

Datuk Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim and Ahmad Jaafar (AJ) bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air. 

Tanda kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Suatu jelajah bermakna yang wajib disaksikan peminat dan serata penggemar muzik! 

Megatix Malaysia dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert Berita Gempa selaku penganjur utama dan ejen tiket rasmi dengan kerjasama promoter, Lampuneon. Maklumat lanjut mengenai konsert, jelajah dan jualan tiket bakal dimaklumkan kelak. 

Bersedia untuk saksikan persembahan menggegarkan yang anda tidak akan lupa! 

Tarikh: Julai 29, 2023

Tempat: Arena Larkin, Johor Bahru Laman

Nantikan pengumuman daripada Megatix Malaysia dan Lampuneon mengenai maklumat lanjut tentang konsert, jelajah dan jualan tiket. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOSH KUA

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru Berjudul ALL A GAME

LEGOLAND Malaysia

LEGOLAND® Malaysia Resort Menawarkan Pakej Play dan Stay Eksklusif