in ,

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru Berjudul ALL A GAME

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru ‘ALL A GAME’ Bakal Dilancarkan Pada 3 Mac 2023.

Pemain biola tersohor, komposer inovatif dan penghibur sensasi, Josh Kua kembali ke persada seni selepas 14 bulan menyepi. Single terbaru yang berjudul ‘ALL A GAME’ daripada anak seni kelahiran Malaysia ini dijangka mengukir pencapaian baru dalam evolusi soniknya sebagai artis yang merentasi pelbagai genre dan bakal dilancarkan di semua pelantar muzik penstriman digital mulai 3 Mac 2023 (Jumaat).

Nyata berbeza daripada single-single terdahulu, Josh menyifatkan ‘ALL A GAME’ seumpama pembebasan, malah membakar semangat dan penuh bertenaga. Dengan paduan biola dan unsur cyberpunk yang cukup merangsangkan halwa telinga para pendengar, lagu ini menggabungkan beat yang kental, synth bassline dan melodi biola yang mendebarkan untuk memberikan suntikan gelap kepada alur muziknya. Single baru ini juga memberi peluang buat peminat untuk lebih mendekati dan mengenali personaliti serta identiti Josh yang dinamik sebagai seorang artis serba boleh. 

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru Berjudul ALL A GAME

Dinukilkan oleh Josh dan diiringi penerbit muzik tersohor Daniel Veerapen sebagai “co-producer”, cetusan ilham yang berunsur cyberpunk ini bakal melancarkan pendengar ke wilayah sonik yang belum pernah diterokai. Dengan sentuhan estetika darksynth dan synthwave, single ini mengetengahkan bakat bermain biola beliau yang tinggi, di samping menyerlahkan minatnya untuk bereksperimen dengan pelbagai genre muzik. Josh juga memuatkan vokalnya di samping lirik yang ringkas dalam karyanya buat pertama kali, untuk memberi nafas segar dan konteks budaya yang baru kepada peminat. 

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru Berjudul ALL A GAME

‘ALL A GAME’ bukan sekadar pemaparan usaha kreatif beliau, malah bersifat peribadi. Gubahan futuristik yang tampil luas dari aspek muzik tetapi intim dari aspek emosi ini melakarkan pengalaman peribadi Josh ketika dibelenggu perkara yang kecewa dan meresahkan. “Lagu ini menyentuh tentang pembebasan diri dari cengkeraman rasa takut dan gelisah, malah dugaan yang dialami. Saya sering dilumpuhi dengan pelbagai pilihan, diselimuti perasaan takut akan kegagalan, dan keinginan untuk mengejar kesempurnaan. ‘ALL A GAME’ berfungsi sebagai peringatan buat diri saya, bahawa kerjaya yang saya miliki sekarang dan aspek-aspek lain dalam kehidupan ini adalah sekadar permainan, kerana perkara yang kerap kita risaukan, mungkin tidaklah sepenting yang difikirkan,” bicara Josh. Beliau menambah, “lebih manfaatnya untuk belajar dan sedar daripada kesilapan, berbanding dengan memikirkan sesuatu secara berlebihan tetapi tidak membawa sebarang kesudahan.”

Bercakap tentang aspirasinya mengenai single terbaru, Josh berhasrat bahawa ‘ALL A GAME’ akan disambut baik oleh para peminat dan pengkritik, seperti mana dikasihi dirinya. “Saya berharap lagu ini berpeluang menolak sempadan umum mengenai cara alat muzik tradisional dan pemain muzik instrumental dipersepsikan dan dihayati,” kata Josh. 

Dijadualkan menemui para pendengar di semua pelantar muzik penstriman digital mulai 3 Mac 2023 (Jumaat), ‘ALL A GAME’ merupakan nukilan Josh yang paling rancak dan menyeronokkan setakat ini. 

Josh Kua Tampil Single Cyberpunk Terbaru Berjudul ALL A GAME

Mengenai Josh Kua:

Josh Kua ialah pemain biola, komposer dan model yang merentasi pelbagai genre dari Australia, warisan Cina Malaysia. Memupuk minat dan kecenderungan terhadap muzik sejak usia empat tahun, Josh dilatih untuk bermain biola dan piano secara klasik. Semasa usia remaja, dia membuat persembahan dengan Victorian Opera di Melbourne, Australia dan telah dipilih untuk program komposer muda eksklusif di Galeri Nasional Victoria. Kemudian, dia beralih ke hala muzik dan ruang yang lebih kontemporari, bukan sahaja sebagai kaedah untuk menyalur kegemarannya terhadap persembahan, tetapi juga improvisasi.

Dari pengajian Ijazah Sarjana Muda perundangan hinggalah persembahan muzik di pentas antarabangsa di samping menghiasi muka depan majalah-majalah, Josh menolak sempadan umum mengenai sifat seorang pemuzik moden dipersepsikan. Dalam usaha gigihnya untuk bereksperimen, kemahiran muzikaliti Josh telah membawanya ke pentas antarabangsa, penampilan di kaca TV dan persembahan eksklusif untuk pelbagai jenama mewah dan fesyen, selain mengukuhkan kehadirannya sebagai tunjang utama dalam persada hiburan dan gaya di seluruh rantau Asia Pasifik.

Mula berkecimpung dalam bidang hiburan sejak tahun 2016, Josh telah mengeluarkan satu EP (Elevate, 2018) dan 6 singles (The Change, 2016), (Pray For Me, 2021), (Treat You Better, 2021), (Cold Water, 2021), (The Potter, 2021), (Sail Away, 2022), dalam pada itu, telah membuat persembahan di peringkat antarabangsa di Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Taiwan dan China.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Neelofa Akhirnya Buka Mulut, Kini Hamil Anak Kedua

Konsert Berita Gempa Sweet Charity Kembali Bersama Selepas 12 Tahun