Konsert berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menonjolkan tenaga dan kepakaran 66 pemuzik kolaburasi ORTM, NSO dan MPO dalam pentas sama.
Diterbitkan Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menampilkan artis terkenal Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor, Francissca Peter, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Vanidah Imran, Khai Bahar, Roy, dan Bob. Pentas sama turut dikongsi kumpulan koir dari UITM Chamber dan Gemersik Chorus.
Mengalunkan lagu tema hari kebangsaan Ă¢â‚¬ËœMalaysia PrihatinĂ¢â‚¬â„¢ dan lagu-lagu patriotik, pilihan lagu ini pastinya memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan.
17 lagu patriotik dulu hingga sekarang yang pasti buat anda bangga jadi anak Malaysia dijanjikan dalam konsert berlangsung dua jam ini.Ă‚Â
Lagu-lagu dipersembahkan termasuklah Ă¢â‚¬ËœMalaysia PrihatinĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœTanah PusakaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬â„¢WarisanĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœUntukmu MalaysiaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœSetiaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœSejahtera MalaysiaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœIlham PujanggaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœMalaysia BaruĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœNyalakan TekadĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœJalur GemilangĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœDisini Lahirnya Sebuah CintaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœSehati SejiwaĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœGemilangĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœOne Thousand Million SmileĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœStanding in The Eyes of The WorldĂ¢â‚¬â„¢, Ă¢â‚¬ËœTanggal 31Ă¢â‚¬â„¢, dan Ă¢â‚¬ËœSaya Anak MalaysiaĂ¢â‚¬â„¢.
Konsert ini menampilkan gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.