in ,

Kepulangan Rayhan Ke Bangladesh Disambut Dengan Air Mata

Ketibaan warga Bangladesh, Rayhan Kabir ke negara asalnya awal pagi Sabtu disambut dengan tangisan air mata gembira oleh bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka.

Pertemuan antara dua beranak itu menurut Malaysiakini yang memetik The Daily Star berakhir dengan tangisan kegembiraan ‘yang tidak dapat dijelaskan’ antara kedua-duanya selepas beliau mendarat di Lapangan Antarabangsa Dhaka kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ketibaan Rayhan itu disambut bapanya yang datang dari kampung halaman mereka di Narayanganj untuk menunggu di lapangan terbang selepas anaknya itu diusir keluar dari Malaysia pada malam semalam.

Kepulangan Rayhan Kabir Ke Bangladesh Disambut Dengan Air Mata Kegembiraan
PERTEMUAN RAYHAN KABIR DAN BAPANYA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DHAKA AWAL PAGI TADI. GAMBAR: THE DAILY STAR

“Kami dengan teruja menunggu anak kami pulang ke pangkuan.

“Dia di sini sekarang. Kita masih dalam bulan lebaran (Aidiladha),”

– Bapa Rayhan, Shah Alam.

Rayhan sebelum ini ditahan di Malaysia bagi membantu siasatan mengenai komen yang diberikannya dalam dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown yang diterbitkan Al Jazeera.

Komen yang diberikannya dalam wawancara itu sebelum ini menimbulkan kemarahan dan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Rayhan Budak Baik

Bukan saja bapanya yang menitiskan air mata, malah Rayhan juga dikatakan tidak mampu menjelaskan kegembiraan setibanya beliau di negara asalnya itu awal pagi tadi.

“Saya tidak dapat menjelaskan kegembiraan ini. Berapa kali saya pergi dan pulang dalam enam tahun ini. Kali ini ia terasa berbeza.

“Bangladesh saya, tanah air saya, ibu dan bapa saya … Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada sesiapa pun.

“Terima kasih kepada anda semua, kepada semua yang berada di sisi saya di dalam dan luar negara,”

– Rayhan

Berasal dari Bandar Upazila di Narayanganj, Rayhan dilaporkan sebagai seorang ‘budak baik’ di kampung halamannya.

Melalui beberapa temu bual yang dilakukan akhbar itu dengan penduduk tempatan, mereka menceritakan bagaimana Rayhan sebelum ini sentiasa membantu pelajar di sana membeli buku dan memberikan bantuan kewangan.

Selain itu juga, Rayhan dilaporkan merupakan salah seorang yang lantang bersuara menentang penggunaan dadah di kawasan kampung halamannya sebelum ini.

Rayhan sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan masyarakat selepas mengkritik layanan terhadap warga asing ketika penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tania Hudson | 17

Tania Hudson Dedah Mengidap Penyakit Arteriovenous Malformation

Ella 2020 | 18

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan