in ,

Walau Dah Berhijab, Jihan Muse Tak Akan Ubah Perwatakan

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse berkata biarpun dia kini sudah berhijrah mengenakan hijab namun dia tidak akan sesekali merubah perwatakannya kerana tidak mahu menjadi hipokrit.

Menurut Jihan, walaupun begitu dia akan secara perlahan-lahan membuang perkara yang tidak baik sejajar dengan imejnya kini. Jihan ditemui media di majlis sidang media Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.

Jihan Muse

“Saya tetap akan jadi diri saya sendiri walaupun dah berubah daripada segi penampilan tapi saya tidak akan berubah dari segi perwatakan sebab saya adalah saya. Mungkin saya nak ‘improve’ daripada segi pemakaian dulu tetapi cara saya bercakap masih sama.

“Saya takut kalau saya nak berubah secara drastik padahal itu bukan diri saya nanti hujung-hujung akan terkeluar diri sebenar juga.

“Tapi dalam masa yang sama saya akan tetap terus belajar benda yang perlu dikurangkan dan biarlah ia berlaku secara semulajadi,”


– Jihan Muse

Menerusi AME 2019, Jihan akan mengacarakan majlis itu bersama dua lagi hos iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Jihan berkata dia akan berjinak-jinak dalam bidang perniagaan baju raya dengan mengeluarkan koleksinya sendiri sempena perayaan Aidilfitri tahun lalu.

“Saya akan bekerjasama dengan Starvilion untuk koleksi baju raya tahun ini dan ini pertama kali saya merasa pengalaman meniaga,”

– Jihan Muse

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tiada Niat Caras Sesiapa, Mahu Bantu Usahawan Melayu,” – Ifa Raziah

Rashidi Ishak & Vanidah Imran Bercerai 9 Ogos 2018 Selepas 17 Tahun Bersama