in , ,

Koleksi Gambar Majlis Kahwin Que Haidar & Linda Jasmine

Tiga jam sejurus dinikahkan, pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar atau Que Haidar, 30, dan koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, disandingkan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ‘bali dalam taman’. Linda yang anggun mengenakan gaun rekaan Syaiful Bahrim manakala Que segak dalam sut rekaan Lord’s Tailor tiba di Bora Ombak, di sini, kira-kira pukul 8.45 malam tadi. 

3282600589 5637Dc0Ef7 O | 4

Majlis dimulakan dengan paluan kompang dan seterusnya dibuka dengan persembahan tarian ‘Raikan Kasih’ daripada Ala Dancers. Kemudian, berkumandang persembahan nyanyian daripada anak didik Linda daripada Akademi Fantasia iaitu Amylea, Farhan, dan Riz. Turut menyanyi adalah Jebat dan Zila.

Walaupun sedikit panas, namun majlis yang menggunakan sepenuhnya kawasan luar dan dalam restoran itu berlangsung dalam keadaan baik dan menimbulkan suasana yang romantik apabila disuluhi oleh cahaya suram daripada lampu neon dibantu dengan cahaya lilin.

3283423622 415Da82878 O | 5

Dengan pelamin indah bersama banyak kuntuman bunga ros kertas berwarna putih serta beberapa ekor rama-rama hiasan yang direka oleh penyanyi Jeslina Hashim dan dibantu oleh pihak Bora Ombak sendiri, 400 orang tetamu yang hadir turut menyaksikan pasangan ini melangsungkan upacara menepung tawar.
Ketika upacara memotong kek. 

3283420536 12B1C9A4Ff O | 6

3283420664 1F2Ecdf0Af O | 7

3283422364 4407B3B3E1 O | 8

3283422502 Aab3Ddda3E O | 9

3283422672 534B44715B O | 10

3283422806 F1782F1E14 O | 11

Antara selebriti yang hadir adalah Linda Onn, Dafi AF5, Awal Ashaari, Shasha Bashir, Ramli MS, Lufya AF6, Pamela Chong, dan Fatimah Abu Bakar. Beberapa jam selepas itu, upacara memotong kek tujuh tingkat daripada The Blooming Cake merupakan upacara terakhir sebelum Que dan Linda memberikan ucapan.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin rekaan Calvin Thoo untuk upacara tersebut sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir serta pihak yang membantu menjayakan majlis tersebut.

“Terima kasih, kepada semua yang menjayakan majlis ini yang banyak sangat jika kami ingin sebut satu-persatu dan sayangku..I love you,” ucap Que yang selepas itu melirik dan tersenyum kepada Linda. Ramai orang yang saya perlu sebutkan. Jadi, terima kasih kepada semua,” kata Linda yang sejurut selepas itu turut menuturkan perkataan I love you dengan penuh romantis kepada Que.

Antara pihak yang turut memberikan sumbangan kepada majlis perkahwinan Linda dan Que adalah Jakel, Habib Jewels, Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution. 

Terdahulu, kira-kira pukul 5.45 petang tadi, Que sah bergelar suami Linda dengan dua kali lafaz selepas dinikahkan oleh jurunikah masjid kawasan Ampang Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda Datuk Murad Hashim.

3282575057 46B19B8274 O | 12

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda. Sementara linda cantik seperti ‘ratu’ dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin.

Majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac depan di dewan orang ramai Felda Taib Andak, Kulai, Johor dengan tema diraja. – mstaronline

3283420810 B2356435D5 O | 13

3283421906 4000Beb38C O | 14

3283420982 C1F8Effa7A O | 15

3283394856 De311A1C1F O | 16

3283396394 7Fe5C3D16D O | 17

3283395696 899362576D O | 18

3282602407 5C3Ace9359 O | 19

3283395890 899E8001A6 O | 20

3282601393 D93A17Bdac O | 21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayah Dato’ Siti Nurhaliza Selamat Disemadikan

Acoustic Performance Cyril Niccolai Hard Rock Cafe Kuala Lumpur