in

KL2017: Siaran Langsung & Laporan Harian Di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi hos penyiar Sukan SEA ke-29, temasya dwi tahunan terbesar bagi rantau Asia Tenggara bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos 2017.

RTM menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi akan menyiarkan liputan sukan yang diadakan gilang gemilang ini bermula obor dinyalakan sehingga majlis penutupan. Saluran TV2 menyemarakkan sambutan dengan menyiarkan Siaran Langsung Pembukaan Rasmi pada 19 Ogos ini, pukul 9.00 malam.

Laporan dan liputan pula disiarkan menerusi beberapa sesi termasuklah Sesi Pagi; pukul 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (TV2), Sesi Petang; 2.00 hingga 5.00 petang (TV1), Versi B. Inggeris; 5.30 petang hingga – 7.30 malam (TV2) dan Sesi Malam; pukul 11.00 malam hingga 12.30 tengah malam (TV1).

Sementara itu radio Nasional FM akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan Sea berlangsung manakala KL FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini pencapaian atlet negara.

Menariknya, RTM turut menawarkan perkhidmatan tontonan secara atas talian melalui laman sesawang penstriman My Klik dan aplikasi mudah alih melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Menggunakan tagline #BangkitBersama, barisan 11 pengulas sukan SEA dipilih antaranya Azlan Mubin, Izwan Mohd Nor, Rasdi Jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi Shukri, dan Jeed Zulkifli, akan berkongsi pungutan pingat terkini dan rekod baharu yang dicipta bersama penonton setia RTM.

Bersama semarakkan KL2017 yang mempertandingkan 38 jenis sukan melibatkan 405 acara ini bersama RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Senarai Pemenang Pusingan Akhir AirAsia Runway Ready Designer Search 2017

Zahiril Adzim 1 | 24

Dilema Pilih CALON ISTERI, Slot Panggung Ahad di TV1