in , ,

Senarai Pemenang Pusingan Akhir AirAsia Runway Ready Designer Search 2017

Pemenang utama dari Vietnam membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuklah koleksi kapsul mereka yang akan dijual di FashionValet dan slot untuk mempamerkan rekaan di KL Fashion Week 2018

Pencarian pereka tahunan AirAsia, AirAsia Runway Ready Designer Search kini tiba ke pusingan akhir pada hari ini di Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 (KLFW RTW 2017). Pusingan akhir ini menyaksikan seramai dua puluh bakat muda dari 10 buah negara Asean mempamerkan rekaan mereka bercirikan Asean di pentas peragaan.

Dua pereka fesyen yang terpilih selepas uji bakat yang dijalankan di rantau Asia, mewakili setiap negara mereka pada hari ini. Pencarian bermula pada bulan April di Manila dan seterusnya ke Bandar Seri Begawan, Kuala Lumpur, Singapura, Bandar Ho Chi Minh, Yangon, Jakarta, Bangkok, Vientiane dan berakhir di Phnom Penh pada bulan Jun.

Airasia Runway Ready Designer Search 2017 Grand Finale

Tran Thi Tu dari Vietnam telah diumumkan sebagai pemenang utama dan membawa pulang hadiah termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh beliau pada KLFWRTW2018, sesi mentor selama setahun daripada pasukan KLFWRTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com, 150,000 mata ganjaran AirAsia BIG, penampilan dalam enam halaman fesyen dalam majalah dalam penerbangan AirAsia Travel3sixty, penampilan istimewa dalam majalah FEMALE Malaysia dan sepasang tiket penerbangan AirAsia.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami bangga untuk meneruskan inisiatif kami melalui platform ini dan memperluaskan pencarian pereka fesyen di rantau ini dan bertemu dengan bakat-bakat dari 10 negara Asean. Kami amat kagum dengan rekaan yang kami lihat pada hari ini di pentas peragaan. Asean mempunyai potensi besar dan kami percaya, dengan sokongan yang berterusan dan bimbingan daripada pakar industri fesyen, pemilik perniagaan dan juga media, industri fesyen akan terus berkembang di rantau ini.”

Airasia Runway Ready Designer Search 2017 Grand Finale

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear berkata, “Bekerjasama dengan AirAsia sebagai rakan kongsi Kuala Lumpur Fashion Week selama tiga tahun merupakan satu keistimewaan. Kerjasama ini bukan sahaja memberikan kami akses kepada media dan bakat-bakat media sosial di rantau ini, malah mengukuhkan hubungan pelbagai hala dengan pakar-pakar, institusi fesyen, pereka fesyen dan penggiat industri fesyen di negara-negara jiran. Perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search dari lima negara tahun lepas ke sepuluh negara tahun ini memainkan peranan penting dalam membuka peluang bagi Kuala Lumpur untuk menjadi hab fesyen di Asean pada masa akan datang – sesuatu yang tidak mustahil dengan kerjasama kukuh di antara AirAsia dan Kuala Lumpur Fashion Week.”

Vivy Yusof, Pengasas bersama FashionValet berkata, “Tahun ini sangat menakjubkan kerana kami telah bertemu dengan bakat-bakat tempatan dan pereka-pereka terbaik di rantau Asean. FashionValet berbangga untuk menghasilkan koleksi pemenang tahun lepas, Anuruk Jaidee dari Thailand, dan kami berharap ini merupakan titik permulaan bagi menambah jenama Asean di platform kami. Saya berbesar hati kerana Kuala Lumpur Fashion Week dan AirAsia terus bekerjasama bersama kami di FashionValet dan kami tidak sabar untuk bertemu dengan lebih ramai bakat-bakat baharu pada tahun 2018.”

AirAsia Runway Ready Designer Search telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengetengahkan belia dan membangunkan bakat-bakat muda dalam industri fesyen di rantau ini. Barisan panel pengadil bagi pusingan akhir termasuklah pakar industri fesyen dari semua negara Asean, serta Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, pengasas KLFWRTW; dan Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet. Pengangkutan bagi barisan panel bagi acara kemuncak majlis ini ditaja oleh Uber.

Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search 2016, Anuruk Jaidee dari Thailand juga mempamerkan koleksi penuh beliau di pentas KLFW RTW 2017.

AirAsia juga merupakan Rakan Pelancongan Pilihan KLFW RTW dan berbangga untuk menerbangkan pereka fesyen antarabangsa dari rangkaian laluan luas AirAsia termasuk Ka-Sha (India), Reclothing Bank (China), Resurrection (South Korea), TAKK (Japan), Yousef Akbar (Australia) dan Anthony Ramirez (Filipina).

Airasia Runway Ready Designer Search 2017 Grand Finale

Program Kesetiaan AirAsia BIG dan FashionValet juga merupakan penaja bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2017.

Ikuti AirAsia di Youtube (youtube.com/user/AirAsia) untuk menyaksikan webisode yang memaparkan perjalanan para peserta ke pusingan akhir AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 atau ikuti hashtag #AirAsiaRunway di media sosial seperti Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Dia Program Pengisian Kemerdekaan RTM di TV1, TV2 & TVi

KL2017: Siaran Langsung & Laporan Harian Di RTM