in ,

Kitkat Raikan Tahun Baharu Dengan Detik Keemasan

Sambut ketibaan tahun Harimau yang bertuah dengan Peraduan Menang Emas KITKAT, hadiah lumayan berjumlah RM460,000 sedia untuk dimenangi

Buat ramai di luar sana, Tahun Baharu merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mengujakan. Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk meraikan segala pencapaian dan kenangan yang dikecapi sepanjang tahun bersama keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, sebagai salah satu jenama konfeksioneri terkemuka di Malaysia, jenama KITKAT ingin mengajak semua pengguna untuk “Kongsikan kasih sayang, kongsikan detik keemasan” pada musim perayaan ini. Tiada pilihan snek yang lebih baik untuk menyempurnakan saat penuh bermakna ini selain rangkaian KITKAT Gold edisi terhad – amat sesuai diberikan sebagai hadiah dan meraikan semangat kekitaan.

KITKAT Gold menawarkan wafer rangup istimewa KITKAT yang disaluti gabungan dua lapisan coklat – coklat kuningan emas (di atas) dan coklat susu halus (di bawah), disempurnakan lagi dengan rasa kaya kacang dan mentega. Memberikan anda pengalaman yang unik dan mempesonakan dalam setiap gigitan.

KITKAT Gold Contest

Semegah namanya, rangkaian KITKAT Gold edisi terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif bungkusan emas yang diserlahkan lagi dengan elemen-elemen perayaan yang bersinar dan berkilauan, sesuai bukan sahaja untuk dikongsi bersama malahan juga diberikan sebagai hadiah perayaan untuk Krismas dan Tahun Baru Cina. Rangkaian edisi terhad ini terdiri daripada pelbagai jenis pek-pek istimewa termasuklah KITKAT Gold 4 Jejari Tunggal, Beg Perkongsian KITKAT Gold, Sarung Beg Perkongsian Perayaan KITKAT 12 kepingan, Sarung Perayaan KITKAT Bar, KITKAT Senses, KITKAT Cele-break dan kotak penyimpanan KITKAT Prosperity CNY.

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksioneri Malaysia and Singapura, berkata: “Keseronokan dalam bertukar-tukar hadiah, atau berkongsi sekotak coklat dengan orang tersayang adalah detik yang cukup indah untuk dinikmati. Tahun ini, kita mempunyai pelbagai sebab untuk meraikan musim perayaan dengan meriah. Berikutan kejayaan pelancaran KITKAT Gold pada awal tahun ini, kami berbesar hati untuk menawarkan pek perayaan dengan reka bentuk yang lebih unik, yang cukup sesuai untuk dikongsikan atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang.”

Peraduan Menang Emas KITKAT

Sempena ketibaan tahun Harimau yang bertuah bagi Tahun Baru Cina kali ini, KITKAT juga ingin berkongsi detik keemasan (Golden Break) bersama para pengguna melalui pelancaran Peraduan Menang Emas KITKAT. Peraduan unik ini yang bermula dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, menawarkan hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM460,000 untuk dimenangi. Ia merangkumi: 

  • HADIAH UTAMA: Jongkong Emas 4 Jejari KITKAT – 10 x pemenang (bernilai RM16,000 setiap satu),
  • Hadiah Pertama : RM8,888 – 12 x pemenang,
  • Hadiah Istimewa : RM888 – 18 x pemenang
  • Hadiah Mingguan : RM188 – 80 x pemenang mingguan

 

Cara penyertaan peraduan:

  • Langkah 1 : Beli mana-mana produk KITKAT Konfeksioneri bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit
  • Langkah 2 : Tulis nama dan nombor Kad Pengenalan (seperti tertera pada Kad Pengenalan) di atas resit pembelian asal;
  • Langkah 3 : Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas; &
  • Langkah 4 : Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911 

#KITKATEasyRecipeasy

KITKAT Gold juga ingin berkongsi resipi kek dan kuih istimewa yang menggunakan KITKAT Gold edisi terhad. KITKAT mengajak para peminatnya untuk mencuba dan menikmati ciptaan lazat baharu ini bersama orang tersayang! 

  • KITKAT Gold Tiramisu 
  • KITKAT Gold Crème Brulee donuts

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan dilancarkan melaluihttps://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia untuk maklumat lanjut.

Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!

#KITKATMalaysia

#HaveABreakHaveAKITKAT

#ShareTheLoveShareTheGoldenBreak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal Dah Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia

Mark Natama

Terjebak dalam Perasaan, Mark Natama Tampilkan Single TERLUKA MENGINGINKANMU