in ,

Iqbal Dah Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia

Eloklah dah ada pengganti. Semoga bahagia. Doakan baik-baik gais!

Perkongsian terbaru usahawan sensasi yang kini menetap di IndonesiaAhmad Iqbal menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto dan video bersama seorang gadis sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah menemui cinta baru di sana.

Mengulas mengenai perkara itu, Iqbal lalu berkata dia sedang mengenali seorang wanita dikenali sebagai Indah Nevertari merupakan seorang penyanyi.

Mula akrab sejak dua minggu lalu, Iqbal mengakui selesa berkawan dengan gadis berkenaan namun tidak mahu tergesa-gesa bercinta kerana mahu bersahabat terlebih dahulu.

“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.

“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.

“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya.

– Iqbal

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap gadis itu yang sangat menjaga solat serta tidak memandang harta.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bizmilla Tawar Pakej Kahwin Dari RM9,900

Kitkat Raikan Tahun Baharu Dengan Detik Keemasan