in ,

Naim Daniel Kumpul Rakan Seangkatan ‘Childhood Actors’ Bantu Hulur Bantuan

Dugaan mengharungi Covid 19 ini memberi hikmah yang berbeza buat sesetengah dari kita. Ada yang memandang dari sudut negatif maka akan keluarlah perkara yang negatif. Tapi jika kita memandang sesuatu perkara dari sudut positif, maka yang dihasilkan nanti adalah perkara yang baik-baik belaka.

Menggelarkan kumpulan sebagai ‘Childhood Actors’, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bergabung dengan lebih 50 artis yang dikenali sejak zaman kanak-kanak bagi membantu insan yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Melalui kumpulan WhatsApp, Naim dan teman-teman menyusun strategi menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat melalui media sosial.

Naim berkata kekuatan pengikut laman sosial setiap ahli kumpulan dimanfaatkan untuk menghebahkan kerja amal mereka.

“Kalau kita tidak dapat menderma dalam bentuk wang ringgit, apa kata kita gunakan medium media sosial untuk melakukan perkara bermanfaat.

“Kami mahu keadaan menjadi neutral… Kita sama sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia rasa sakit yang sama,” 

– Naim Daniel
Naim Daniel Kumpul Rakan Seangkatan 'Childhood Actors' Bantu Hulur Bantuan

Selain Naim, antara artis yang menyertai Childhood Actors adalah Syafie Naswip, Amelia Henderson, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Aedy Ashraf, Sweet Qismina dan ramai lagi.

Naim berkata, andai sebelum ini mereka bergabung dalam drama yang disiarkan di televisyen (TV), kali ini, selain merapatkan ukhwah, mereka membantu orang ramai.

Antara inisiatif dilakukan adalah jualan amal serta berkongsi mengenai kesihatan mental dan isu semasa menerusi Instagram Live.

Tambah Naim, selain memuat naik video cara membuat bendera putih, rakannya, Syafie membuat lelongan amal bersama Erynne dan Amelia.

“Baru-baru ini Syafie buat jualan amal. Antara barang yang dia cuba lelong adalah trofi dimenangi pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25. Insya-Allah, wang yang diperoleh hasil jualan lelong itu akan dia sumbangkan kepada pihak memerlukan,” 

– Naim Daniel

Naim berharap usaha dia dan teman-teman lain dapat meringankan beban rakyat yang menanggung impak ekonomi akibat penularan COVID-19.

“Saya faham kerana ada bil yang perlu dibayar. Saya juga ada tanggungan. Jadi, apa yang semua orang rasa, kita sama-sama rasa,” 

– Naim Daniel

Sementara itu, ditanya mengenai aktivitinya pada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), Naim berkata, dia lebih banyak meluangkan masa di rumah.

“Banyak kerja boleh dilakukan di rumah. Saya ada banyak produk baharu yang mahu dilancarkan. Namun, tunggulah waktu yang sesuai… Insya-Allah.

“Antara produk itu termasuk single bersama Joe Flizzow yang sudah siap dirakam. Saya juga merakamkan single dengan kumpulan Dolla.

“Jika mengikut perancangan, saya mahu melancarkan album tahun ini. Saya harap semua perancangan lancar,” katanya yang sudah mendapat suntikan pertama vaksin COVID-19.

– Naim Daniel

Usaha murni yang dibuat oleh Naim Daniel dan rakan-rakan ini seharusnya dicontohi oleh generasi masa kini.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar 150X150 1 | 23

“Suami Pun Bukan Budak Lagi,” Isteri Shuk Sahar Dedah Diugut Oleh Farah

Zarina Anjoulie | 24

“Aku Pun Ada Silap,” Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel