in

Kisah Perogol Bersiri Insaf dalam Telemovie Nasuha

KISAH PEROGOL BERSIRI INSAF DALAM TELEMOVIE NASUHA DI TV2

Sebaik-baik manusia adalah individu yang pernah membuat kesalahan dan kemudiannya bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya. Namun tidak semua orang bertuah untuk diberikan ruang kembali ke jalan kebenaran dengan bertaubat. Malah hanya individu tertentu berpeluang untuk pulang ke pangkal jalan. Cuma cara dan kejadian yang dialami berbeza mengikut seseorang individu itu.

Tibanya sambutan Maal Hijrah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik, Nasuha pada 10 Disember 2010, jam 12.30 tengah hari di TV2 mengisi slot Sinema Jumaat yang sarat dengan pengajaran berguna untuk penonton setia salurannya.

Nasuha memaparkan kisah watak ASP Riduan tidak berpuas hati apabila dia tidak dapat berjaya memberkas penjenayah rogol bersiri yang berjaya melepasi diri. Apatah lagi dia akan bersara tidak lama lagi. Masih terngiang ngiang lagi wajah perogol itu yang melambai kesukaan apabila dapat melarikan diri daripada ASP Riduan.

Shajiry Dan Puteri Najwa Dalam Nasuha

10 tahun kemudian, Hj Riduan yang telah pun kematian isterinya tinggal bersama 2 orang anaknya Saadah dan Jalilah di kampung di mana Saadah seorang janda beranak 2 dan Jalilah belum lagi berkahwin. Dirinya yang selalu aktif dengan kerja, terasa kekosongan dan bosan. Suatu hari dia berjumpa dengan Ustaz Dini yang mengajar di madrasah dan Ustaz Dini mencadangkan untuk Hj Riduan belajar mengaji di madrasahnya untuk mengisi kebosanannya itu.

Hj Riduan membuat keputusan untuk tinggal di Madrasah untuk beberapa hari dan ini disambut baik oleh Ustaz Dini. Sembahyang jemaah di suarau bersama para pelajar. Pengumuman ustaz Nasuha akan mengajar esoknya. Ketika semua bergegas keluar surau, Hj Riduan tak sempat lihat wajah Ustaz Nasuha hanya nampak kelibat dari belakang aje. Malam ketika tidur terdengar suara orang melagukan nazam dalam nada begitu mendayu-dayu yang datang dari sebuah pondok penginapan tidak jauh dari tempat tinggal Hj Riduan. Dia juga terdengar suara orang menangis tersedu-sedu.

Hj Riduan keluar dari bilik untuk mencari dari mana datangnya suara yang mendayu-dayu itu. Selepas solat subuh di surau Hj Riduan pergi ke pondok penginapan tempat asal suara yang di dengari semalam tapi yang keluar hanya dua orang pelajar madrasah. Mereka baru keluar setelah mengemas pondok penginapan tempat tinggal Ustaz Nasuha. Hj Riduan tanya siapa tinggal di pondok penginapan itu, budak itu jawab, ustaz Nasuha.

Hj Riduan pergi mandi kat sungai, tiba-tiba ustaz timbul dari dalam air. Kedua-duanya terkejut. Ustaz Nasuha terkejut melihat Hj Riduan. Ustaz Nasuha tanya siapa Hj Riduan. Hj Riduan tak terfikir ustaz Nasuha adalah ustaz di situ. Hj Riduan bagi nasihat pada ustaz Nasuha mengenai keutamaan mencari ilmu. “Barang siapa Allah kehendaki kebaikan padanya, Allah akan beri ilmu padanya”. Ustaz Nasuha kata macam pernah tengok Hj Riduan tapi dia tidak ingat di mana. Kuliah pengajian Ustaz Nasuha mengajar, Hj Riduan yang datang lambat termalu melihat orang yang siang tadinya di sungai di ajarnya rupa-rupa adalah ustaz yang mengajarnya malam itu.

Hj Riduan kagum lihat cara Ustaz Nasuha melayannya secara lemah lembut dan berakhlak. Huraian tentang Allah tidak pandang pada paras rupa seseorang tapi Allah pandang pada iman. Kisah seorang yang bertaubat setealh bunuh 99 orang tapi bila bunuh ke 100 dia bertaubat tapi mati di tengah padang pasir. Allah suruh kira jarak perjalanan. Allah kata dia masuk syurga. Ustaz Nasuha kata dia ceria tu untuk dirinya bukan untuk Hj Riduan. Ustaz Nasuha menangis. Hj Riduan yang keluar untuk ambil angin malam ternampak Ustaz Nasuha menangis seorang diri dalam masjid. Hj Riduan kata pada Ustaz Dini dia mengkagumi Ustaz Nasuha. Ustaz Dini kata dia pun kagum dengan sifat tawaduk dan suka menolong orang yang dimiliki oleh U Nasuha. U Dini kata U nasuha mudah sangat menangis bila cerita bab taubat dan dosa.

Hj Riduan yang kagum dengan Ustaz Nasuha ingin menjodohkan Saadah dengan Nasuha. Maka dia memperkenalkan Nasuha dengan Saadah. Ternyata mereka jatuh cinta pada pandang pertama. Ketika brsiap untuk bertolak ke suatu urusan Ustaz Dini di jemput untuk urus jenazah. Ustaz Dini ajak Hj Riduan ikut. Beberapa orang pelajar madrasah juga dibawa sama untuk membantu. Ustaz Nasuha di minta pergi dulu dengan teksi. Ketika Hj Riduan bertolak ke tempat urusan jenazah, Ustaz Nasuha melambai tangan. Hj Riduan teringat balik cara lambaian itu sama macam lambaian perogol bersiri dahulu.

Ustaz Nasuha jelaskan pada Saadah dan adiknya dia telah bertaubat. Beberapa kali cuba serah diri tapi syaitan mengodanya. Tak jadi untuk menjalinkan hubungan serius dengan Saadah kerana tak mahu menodai kepercayaan Hj Riduan kepadanya. Ustaz Nasuha cerita dia telah lari ke pondok tapi di sana dia mendapat Hidayah apabila terpaksa mengaji agama di sana. Dia mula bertaubat atas jenayah yang pernah di lakukannya sebelum ini. Ustaz Nasuha kata sebab itulah telah tukar namanya ‘Nasuha’ agar dapat mengingatkan dirinya untuk selalu bertaubat peringat ‘Taubat Nasuha’. Rumah Saadah – Saadah ketika berbual dengan Ustaz nasuha terima call dari Hj Riduan Kata Ustaz Nasuha penipu, Saadah tak kata yang Ustaz Nasuha telah jelaskan segalanya. Tak sempat beritahu kerana Hj Riduan telah letakan telefon.

Hj Riduan bawa Ustaz Nasuha depan balai untuk di serahkan pada polis. Polis pengawal kata dia selalu nampak Ustaz Nasuha datang tapi dia pelik setiap kali datang dia akan keluar semula. Hj Riduan tak jadi serahkan Ustaz Nasuha pada polis tapi dia minta Ustaz Nasuha sendiri pergi menyerah diri. Saadah tiba kemudian minta Ustaz Nasuha jangan serah diri tapi Ustaz Nasuha terus masuk ke balai kerana telah nekad untuk menyerah diri. Saadah menangis depan ayahnya.

12 tahun kemudian Nasuha keluar dari penjara, Saadah menantinya. Arwah Hj Riduan pesan agar anaknya berkahwin dengan Ustaz Nasuha. Telemovie ini membariskan pelakon Sabri Fadil, Roslan Salleh, Puteri Najwa, Shajiry dan Aleza Shadan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8TV Receives 4 Nominations The Asian Television Awards

Siti Nurhaliza Dapat iPad Percuma dari Yes4G