in

Kisah Pejuang Sukan Dalam Program BINTANG PADANG

Mereka adalah adi wira yang tiada tandingan. Mereka juga mencipta kegemilangan sepanjang zaman dan kehebatan mereka berjaya melakar sejarah yang mengagumkan. Justeru kisah atlet yang pernah mengharumkan nama negara, pejuang sukan yang penuh dedikasi ini dikongsikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tayangan program menarik bertajuk “Bintang Padang”.

bintang padang

RTM Angkat Kisah Pejuang Sukan Dalam Program “Bintang Padang” mulai 13 Mac Ini, setiap Ahad, pukul 2.30 petang di TV1

[dropcap]P[/dropcap]rogram 13 episod diterbitkan Unit Sukan TV RTM ini memaparkan kisah hidup adi wira yang pernah menggegarkan arena sukan negara sekaligus mangangkat nama negara di mata dunia. Ia bersiaran menemui penonton mulai 13 Mac ini, setiap Ahad, pukul 2.30 petang di TV1.

Berpegang kepada disiplin, keyakinan yang tinggi, ikuti perjalanan kisah hidup dan temu bual bersama atlet-atlet kebanggaan negara yang sebahagian besarnya masih mencurahkan bakti dalam lapangan sukan dengan menjadi jurulatih kepada atlet muda yang menjadikan mereka idola.

Sama-sama kongsikan kisah dan pengalaman jaguh lompat bergalah negara, empat kali juara bertahan di Sukan SEA, pemegang pingat perak Sukan Asia 2016 Doha, Qatar, iaitu Roslinda Samsu. Penonton turut berpeluang mengikuti perkembangan jaguh lompat jauh dan kijang negara, Mohd. Zaki Sadri.

Seterusnya figura sukan bersama atlet boling padang negara; Sazeli Sani, pejuang sukan yang penuh dedikasi; Ahmad Fadzil, bekas Penjaga Gol Hoki Kebangsaan, dan legenda bola sepak negara iaitu Datuk M. Kuppan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Shukor Salleh dan Datuk Jamal Nasir. Begitu juga episod bersama wira sukan lompat tinggi; Loo Kum Zee, dan beberapa nama besar atlet kebangsaan yang lain.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

BintangPadang episod bersama Mohd Zaki Sadri

Zainal Abidin Hassan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem LELAKI HARAPAN DUNIA Ditayangkan di Muzium Yasmin Ahmad

Membasmi Sisa Buangan di Pulau Ketam