in

Membasmi Sisa Buangan di Pulau Ketam

Para pelancong ramai yang melawat Pulau Ketam untuk menikmati makanan lautnya yang segar. Namun, bagi 200 orang sukarelawan yang berkumpul di kampung nelayan di perairan Pelabuhan Klang ini, tujuan mereka pula ialah untuk bergotong-royong membersihkan persekitarannya demi meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan penduduk kampung tersebut.

Aktiviti gotong-royong ini merupakan inisiatif kolaborasi menjaga alam antara Persatuan Pencinta Alam (MNS) dan Coca-Cola Malaysia yang diberi nama Wipe Out Waste @ Pulau Ketam. Program ini merangkumi beberapa aktiviti untuk meningkatkan taraf kebersihan persekitaran di samping mendidik penduduk dan para pengunjung untuk mengurangkan dan mengurus sisa buangan mereka dengan baik.

Coca-Cola voluneers join Pulau Ketam community for cleanup

Coca-Cola dan Persatuan Pencinta Alam serta komuniti tempatan sama-sama membasmi sisa buangan di Pulau Ketam

[dropcap]D[/dropcap]emi menjayakan pembangunan mampan di pulau itu, penerapan mengenai kitar semula dan pembekalan tong-tong kitar semula akan dipertingkatkan untuk seluruh komuniti Pulau Ketam. Amalan itu akan dijadikan contoh kepada setiap pelancong yang datang ke kampung ini.

Destinasi pelancongan yang popular ini akan dibekalkan notis pengumuman untuk menyampaikan mesej pemeliharaan persekitaran yang mengingatkan semua penduduk dan para pelancong tentang kepentingan menjaga kebersihan di pulau tersebut serta persisiran pantainya. Papan tanda besar bagi menghalang pembuangan sampah di merata tempat dan ke dalam laut akan dinaikkan untuk mengingatkan mereka tentang impak negatif perbuatan itu kepada hidupan marin.

Dalam fasa seterusnya bagi program Wipe Out Waste @ Pulau Ketam, murid-murid sekolah turut melibatkan diri di mana mereka dikehendaki untuk menggubah tong-tong sampah daripada bahan buangan, yang mana rekaan terbaik akan dijadikan prototaip untuk tong kitar semula yang bakal dibekalkan di sekitar pulau itu. Aktiviti terakhir merupakan pemantauan kesihatan persekitaran pulau yang melibatkan kaji selidik serangga oleh Persatuan Pencinta Alam.

Aktiviti pembersihan yang berlangsung selama separuh hari tersebut, diakhiri dengan makan tengah hari serta hidangan minuman sejuk Coca-Cola, Coca-Cola Zero dan air mineral Dasani di perkarangan SMK Pulau Ketam. Pengetua sekolah, Puan Norjah binti Yusop, berbesar hati mengalu-alukan sambutan baik para peserta, termasuklah 100 orang murid dari sekolah tersebut. Beliau percaya aktiviti seperti itu mampu memupuk kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan generasi baru yang bakal menentukan masa depan Pulau Ketam.

Turut menjayakan aktiviti pada hari itu ialah 30 orang sukarelawan dari Coca-Cola Malaysia serta para pegawai daripada Majlis Perbandaran Klang.

Acara ini dirasmikan oleh YB Dr. Halimah Ali, ADUN Selat Klang, yang seterusnya menyampaikan papan tanda pengumuman khidmat awan yang pertama dalam program itu.

Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Kadri Taib, berkata,

“Projek Wipe Out Waste diatur untuk melibat dan mendidik para komuniti di Pulau Ketam tentang kepentingan menguruskan sisa buangan dengan baik kerana isu pelupusan sampah merupakan masalah besar di pulau ini. Program ini akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang terutamanya taraf kesihatan dan ekonomi komuniti sekiranya amalan menjaga alam sekitar diterapkan.”

“Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong pada hari ini, kita semua akan sedar bahawa setiap individu adalah agen pembangunan mampan yang aktif, dan sebagai sebuah komuniti, kita telah menyumbang kepada perubahan positif untuk mengatasi isu-isu alam sekitar yang melanda negara ini.”

Pengarah Eksekutif Persatuan Alam Sekitar, I.S. Shanmugaraj, berkata,

“Pembuangan sampah merata-rata di kawasan terbuka dan ke dalam laut merupakan perbuatan yang tidak wajar juga memberi impak negatif kepada kehidupan manusia serta persekitarannya. Amalan buruk ini akan menyebarkan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit kepada manusia serta haiwan. Ini akan memudaratkan kehidupan, produktiviti dan ekonomi penduduk, khususnya industri pelancongan di negara kita. Tambahan lagi, pencemaran laut akan menjejaskan kitaran hidupan marin.”

“Inisiatif kolaborasi Coca-Cola dan Persatuan Pencinta Alam ini membuktikan bahawa sebuah syarikat global mampu bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan yang hebat selama 10 tahun bagi melindungi alam sekitar dan demi kesejahteraan sejagat. Penglibatan para komuniti tempatan dan murid sekolah adalah satu usaha yang baik kerana mereka merupakan pewaris tanah ini.”

Mengenai Persatuan Pencinta Alam Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 1940, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) perlindungan alam sekitar yang tertua dan terbesar di negara ini, dengan kira-kira 4000 orang ahli (termasuk ahli antarabangsa), yang bertapak di 13 buah cawangan di seluruh negara. Cawangan-cawangan Persatuan berperanan sebagai pusat penyediaan kemudahan untuk ahlinya menjalankan aktiviti-aktiviti penjagaan alam.

L-R_Belinda Ford, Public Affairs & Communications Director of Coca-Cola Malaysia & Singapore_ IS Shanmugaraj, MNS Executive Director_ and YB Dr. Halimah Ali joins in the cleanup on Pulau Ketam

Sebagai sebuah organisasi yang berasaskan keahlian, Persatuan Pencinta Alam Malaysia memainkan peranan utama dalam usaha pemuliharaan habitat semula jadi di taman-taman perlindungan hutan di seluruh negara. Ibu Pejabat Persatuan Pencinta Alam Malaysia terletak di Kuala Lumpur, dengan kira-kira 40 orang kakitangan sepenuh masa yang bertanggungjawab dalam hal pentadbiran bagi aktiviti yang dianjurkannya.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah mengelolakan program Kelab Pencinta Alam (KPA) dengan jayanya bersama Kementerian Pelajaran sejak tahun 1991. Kini, lebih 430 buah sekolah telan mengambil bahagian dalam program ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan bagaimana anda boleh membantu, sila layari laman web www.mns.my

Pulau Ketam community unites to wipe out waste

Volunteers from Coca-Cola join in the cleanup on Pulau Ketam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Pejuang Sukan Dalam Program BINTANG PADANG

MOJO Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KELABU