in

SEDIHSEDIH

Kisah Hutang Ceti Haram Pinjaman Along Suami Wan Nor Azlin

Malang betul nasib pelakon VCD Air Mata Ibu, Wan Nor Azlin yang dulu juga pernah gempar dengan video VCDnya yang tersebar di serata Malaya. Banyak betul ujian Tuhan. Sebagai hamba, memang Wan Nor Azlin terima dugaan itu dengan tabah.

Selepas kehilangan ibu tersayang pada 11 Februari, Wan Azlin dilanda pelbagai insiden dan tragedi hitam dalam hidupnya. Semua itu membuatkan hidupnya dalam keadaan tertekan. Rumah dan keretanya disimbah cat dipercayai didalangi oleh ceti haram atau geng along. Ini semua berlaku setelah suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 39 tahun dipercayai gagal untuk menyelesaikan hutang. Suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu kerana dipercayai telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 30 ‘Ah long’ sehingga pinjamannya dianggarkan mencecah RM200,000. Justeru, dia merayu suaminya agar pulang untuk menyelesaikan masalah itu. Semuanya dinyatakan pada media oleh Azlin di satu sidang media anjuran Biro Pengaduan Awam MCA.

Kemudian, dalam saat genting itu, suaminya pula menghilang dan dua tiga hari lepas kita tengok suami Wan Azlin buat satu sidang media di Buletin Utama. Katanya, dia bukannya menghilangkan diri. Cuma dalam masa sebegini, dia terpaksa lari daripada ancaman along yang mahu membunuhnya. Dia menjadi mangsa keadaan sebab selalu menjadi tempat mengadu kawan-kawannya yang mahu berhutang.

“Saya bukan melarikan diri daripada membayar hutang along…(tapi) mereka (along) nak saya mati! Dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon maaf kepada keluarga dan isteri. Saya tidak mahu perkara ini berlaku, tetapi ia tetap berlaku. Saya kecewa dengan apa yang berlaku terutama laporan media yang mensensasikan kejadian ini. Semuanya gara-gara saya silap membuat keputusan dan akhirnya ia memakan diri.

“Saya terpaksa meminjam wang daripada along kerana terdesak membayar hutang. Saya pernah menjadi penjamin untuk beberapa rakan kongsi dan bila tiba masa mereka tidak membayar hutang berkenaan…saya menjadi mangsa.

“Hutang saya hanya dalam lingkungan RM30,000 hingga RM50,000, tetapi kerana jumlah bunga yang tinggi, maka hutang saya menjadi hampir RM300,000,”

Ancaman dan gangguan berterusan daripada along itu menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan bekerja sekali gus menghalang niatnya untuk melunaskan hutang itu.

Buat masa ini, Wan Nor Azlin yang berkahwin dengan Mohd Yazli pada 16 Oktober 1999 atas dasar cinta ini mahu kembali berlakon untuk menampung keluarganya. Bukan simpati yang dipinta, tetapi sekeping sokongan padu dari media dan masyarakat. Bukan juga untuk meraih publisiti, tetapi jauh di sudut hatinya, Wan Nor Azlin mahu mereka melupakan tentang sejarah hitam silamnya.

Sekarang ini, apa yang berlaku biarlah berlaku kerana itu adalah ketentuan Tuhan.

Terbaru, Wan Nor Azlin diterima berlakon dalam telefilem Hanya Aku sebagai isteri seorang penagih dadah yang dilakonkan oleh Hattan. Tahniah kak!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. turut bersimpati ngn nasib yg menimpa wan nor azlin….bgi la peluang pada dia, semua org pun penh wt slh dan sume patut diberi peluang yg kedua…siapa kite utk menghukum beliau ? dosa atau kesilapan/sejarah hitam yang lalu urusannye dengan Allah…buknkah kiter umat manusia harus bantu-membantu,hmmm x fhm ngn org yg hanye tahu mencari kesalahan owg lain sedangkn diri sendiri begitu hina,,pada wan nor azlin diharap terus tabah menjalani liku2 hidup dan roda kehidupan…tidak selalu kiter di atas..kdg kala kite akan berada di bawah….InsyaAllah ALLAH akan menolong hambanye yg dlm kesusahan…berdoala…=) salam wt anak2….. 🙂

  2. Berani plak dia kata nie ujian dari tuhan, yang dulu wat VCD dok buat benda-benda haram ? Yang nie baru sikit tuhan turunkan bala. Dulu mmg minat tengok cerita pendekar, tapi tuelah kehidupan seorang pendekar / srikandi di luar layar perak ker ????????

    Memalukan kaum pompuan dan artis kat malaysia nie jer. Patut menyorok jer sampai bila-bila. Jgn ingat saya xder hati budi kalo cakap mcm nie tapi saya memeng kecewa ngan sikap dia dulu. Sia-sia jer jadi peminat setia tapi……………cis x4.

    Tue jer kutukan ringan dari saya.

  3. syazleen mane ader manusia yg x pnh wt kesilapan ? ha? sumenye khilaf…xde yg sempurna pun…alaaa artis tu pun manusia biasa jek… ko nie pun…isk isk isk 😛

  4. Sabar lah Kak Wan. Semua yg t`jadi atas diri Kak Wan sudah suratan Dari-Nya. Tak ada siapa yg mahu hidup susah & m`derita.
    Bg yg m`gutuk Kak Wan, ingat2lah. Diri kita tak semuanya sempurna. Mungkin dulu Kak Wan melakukan kesilapan mana mungkin esok lusa awak pula yg melakukan kesilapan.
    Dari kesilapan tu biasanya org akan sedar yg mana buruk, yg mana baik. Ambil sgl perkara m`jadi p`gajaran kita & org sekeliling.

  5. Apa pun yg berlaku ambil la sebgi pengajaran… bykkan berdoa minta keredhaan dari-Nya, suami anda juga perlukan sokongan dari anda. Buat Syazleen … x pernah buat silap ke dlm hidup ini, jgn menghukum manusia sebegitu rupa, kita x layak

  6. Btul tu .. NANA n SYAHIRAH .. mna ada org yg x pnah buat silap lgsung??? Dri ksilapan lh kita blajar n mndpt pngajarannya .. skurang2nya dia kawin gk dgn llaki tu n ada own family dh pun..

    amboi lily patra … adik cleopatra ek … 😉

  7. Apa pun yg berlaku ambil la sebgi pengajaran… bykkan berdoa minta keredhaan dari-Nya, suami anda juga perlukan sokongan dari anda. Buat Syazleen … x pernah buat silap ke dlm hidup ini, jgn menghukum manusia sebegitu rupa, kita x layak

  8. ye2 aku sokong honeybee and hamba-nya…manusia sumenye khilaf…kiter memang tidak sempurna…bukankah segala kesempurnaan itu dtg dr ALLAH SWT… 🙂

  9. hahahha

    karma is a bitch does it? and what is this? no more tudung? i have suspicion that this whole ceti haram schtick is a publicity stunt to let her act again

    make people feel sorry for her again. f’ that son! she should start remaking sex tapes. that is the only acting she can make money from

  10. Dari mula nak pinjam dah tau bunga tinggi,mengapa nak buat pinjaman lg?Kekadang ada org meminjam dr bank pun x mampu byr apalagi dr ALONG.Cadangan saya lagi x pinjam dr sesiapa…berjimat atau menyelesaikan dengan cara lain.Kebanyakkan org meminjamkan tanpa memikirkan kemampuan diri sendiri…nak wang apa pun boleh janji…

  11. Saya pun pernah meminjam wang dr Along ketika waktu kesempitan wang.Tapi sebelum meminjam darinya,saya telah memikirkan dapatkah saya memulangkan Rm30,000 pada masa telah dijanjikan,kekadang kita tidak dapat menafikan semasa kita kesuntukkan masa nak cash..dari siapa nk pinjam…semestinya dr dia orng …lintah darah…berfikir dlu sbelum meminjam

  12. amboi sedapner mulut yg tak sayang mulut ni kutuk2 wan norazlin..semua tu terjadi cz kelalaian org lain…org yg tak salah yg kena masalah tu.. sabar kak azlin, semua ketentuan tu Allah yang tentukan. seperkara lagi, sesiapa yg nak pinjam duit dari mana2 badan pinjaman kena berfikir dulu risiko bukan sedap nak dapat duit jer! fikirlah sendiri.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?

ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”