in

Kisah Hutang Ceti Haram Pinjaman Along Suami Wan Nor Azlin

Malang betul nasib pelakon VCD Air Mata Ibu, Wan Nor Azlin yang dulu juga pernah gempar dengan video VCDnya yang tersebar di serata Malaya. Banyak betul ujian Tuhan. Sebagai hamba, memang Wan Nor Azlin terima dugaan itu dengan tabah.

Selepas kehilangan ibu tersayang pada 11 Februari, Wan Azlin dilanda pelbagai insiden dan tragedi hitam dalam hidupnya. Semua itu membuatkan hidupnya dalam keadaan tertekan. Rumah dan keretanya disimbah cat dipercayai didalangi oleh ceti haram atau geng along. Ini semua berlaku setelah suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 39 tahun dipercayai gagal untuk menyelesaikan hutang. Suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu kerana dipercayai telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 30 ‘Ah long’ sehingga pinjamannya dianggarkan mencecah RM200,000. Justeru, dia merayu suaminya agar pulang untuk menyelesaikan masalah itu. Semuanya dinyatakan pada media oleh Azlin di satu sidang media anjuran Biro Pengaduan Awam MCA.

Kemudian, dalam saat genting itu, suaminya pula menghilang dan dua tiga hari lepas kita tengok suami Wan Azlin buat satu sidang media di Buletin Utama. Katanya, dia bukannya menghilangkan diri. Cuma dalam masa sebegini, dia terpaksa lari daripada ancaman along yang mahu membunuhnya. Dia menjadi mangsa keadaan sebab selalu menjadi tempat mengadu kawan-kawannya yang mahu berhutang.

“Saya bukan melarikan diri daripada membayar hutang along…(tapi) mereka (along) nak saya mati! Dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon maaf kepada keluarga dan isteri. Saya tidak mahu perkara ini berlaku, tetapi ia tetap berlaku. Saya kecewa dengan apa yang berlaku terutama laporan media yang mensensasikan kejadian ini. Semuanya gara-gara saya silap membuat keputusan dan akhirnya ia memakan diri.

“Saya terpaksa meminjam wang daripada along kerana terdesak membayar hutang. Saya pernah menjadi penjamin untuk beberapa rakan kongsi dan bila tiba masa mereka tidak membayar hutang berkenaan…saya menjadi mangsa.

“Hutang saya hanya dalam lingkungan RM30,000 hingga RM50,000, tetapi kerana jumlah bunga yang tinggi, maka hutang saya menjadi hampir RM300,000,”

Ancaman dan gangguan berterusan daripada along itu menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan bekerja sekali gus menghalang niatnya untuk melunaskan hutang itu.

Buat masa ini, Wan Nor Azlin yang berkahwin dengan Mohd Yazli pada 16 Oktober 1999 atas dasar cinta ini mahu kembali berlakon untuk menampung keluarganya. Bukan simpati yang dipinta, tetapi sekeping sokongan padu dari media dan masyarakat. Bukan juga untuk meraih publisiti, tetapi jauh di sudut hatinya, Wan Nor Azlin mahu mereka melupakan tentang sejarah hitam silamnya.

Sekarang ini, apa yang berlaku biarlah berlaku kerana itu adalah ketentuan Tuhan.

Terbaru, Wan Nor Azlin diterima berlakon dalam telefilem Hanya Aku sebagai isteri seorang penagih dadah yang dilakonkan oleh Hattan. Tahniah kak!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?

ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”