in , ,

Trailer Rasmi Pertama Filem THE BATMAN DC FANDOME Lakonan Robert Pattinson

The Batman – DC FanDome Teaser dah keluar! Lakonan Robert Pattinson sebagai Batman buat kali pertama. Zoë Kravitz muncul sebagai Cat Woman dan ada kereta ikonik Batman, Batmobile.

Filem lakonan Robert Pattison, The Batman merupakan salah satu daripada filem keluaran DC yang paling dinanti oleh peminat. Namun akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda, pada Mac 2020, pengarah, Matt Reeves membuat pengumuman bahawa penggambaran filem ini terpaksa dihentikan sementara sehinggalah satu waktu yang sesuai.

The Batman arahan pengarah Matt Reeves akhirnya memperlihatkan trailernya yang pertama ketika acara DC FanDome yang berlangsung sebentar tadi.

Robert Pattinson

Trailer ini juga baru sahaja dikongsikan oleh Warner Bros. Pictures jam 9.00 pagi tadi dan anda boleh melihat aksi Robert Pattinson sebagai Batman buat kali pertama.

Tonton Aksi Robert Pattinson Dalam Trailer Rasmi Pertama The Batman

Trailer ini memperlihatkan kehadiran Riddler (Paul Dano) yang meninggalkan teka teki buat Batman dan juga Commissioner Gordon (Jeffrey Wright). Dapat dilihat juga sekali imbas Zoë Kravitz muncul sebagai Cat Woman dan kenderaan ikonik Batman, Batmobile dengan rekaan klasik dan berbeza berbanding Batmobile filem Batman sebelum ini.

Jun lalu, The Guardian melaporkan produksi filem The Batman akan meneruskan semula penggambaran selepas mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan dengan pematuhan kepada standard operasi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, British Film Commission dan British Film Institute.

Trailer Rasmi Pertama Filem THE BATMAN DC FANDOME Lakonan Robert Pattinson

Dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Jun 2021, filem The Batman menyaksikan Robert Pattinson memegang watak sebagai Batman, manakala Colin Farrell sebagai Penguin (Oswald Cobblepot) dan John Turturro sebagai Carmine Falcone.

Mac lalu, ura-ura mengatakan pelakon yang terkenal dengan watak Jack Sparrow, Johnny Deep merupakan salah seorang calon utama yang bakal membawa watak Joker dalam filem ini.

Dalam krisis perbicaraan mahkamah mengenai perpisahannya dengan Amber Heard, pada ketika itu  Depp ‘diperhatikan’ peminat sebagai calon paling ideal membawakan watak Joker yang jauh lebih ‘matang’ sesuai dengan umurnya, 57 tahun.

Mendapat reaksi positif daripada orang ramai, rata-rata daripada mereka berpendapat watak Joker yang dibawa Depp akan menjadi lagenda selepas daripada melihat kejayaan watak Jack Sparrow.

Penggunaan lagu Nirvana, Something In The Way juga dilihat sesuai dengan mood ‘dark’ filem Batman ini. Yang penting, kami dapat rasakan filem Batman ini akan berjaya dan menarik untuk ditonton. Apa kata anda?

Robert Pattinson
Robert Pattinson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Single ADLINA MARIE Haqiem Rusli Undang Rasa Sebak

Kisah Cinta Monyet G-Dragon Sebagai Bahan Kritikan