in , ,

Aksi Mendebarkan Pertarungan ONE CHAMPIONSHIP WARRIORS

Aksi pertarungan yang menarik dan ditunggu-tunggu pastinya oleh peminat sukan dalam “One Championship Winter Warriors” yang berlangsung hari ini, 3 Disember, Jumaat, pukul 8.30 malam di Singapura.  

Disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Sukan RTM (Myfreeview 111) dan menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my), siaran langsung ini bakal mempertandingkan pelbagai  kategori.

Antaranya termasuklah kategori LightWeight Kickboxing world Championship yang menyaksikan pertemuan juara dunia One lightweight Regian Eersel dari Suriname perlu mempertahankan kejuaraannnya dan perlu mengatasi kelincahan Dan gerak tangkas seterunya, Islam Murtazaev dari Rusia. Saksikan saingan kalah mati ini yang pastinya menjadi sebuah pertandingan yang mendebarkan dan pastinya tidak dapat kita lepaskan untuk menontonnya.

Aksi Mendebarkan Pertarungan ONE CHAMPIONSHIP WARRIORS

Manakala bagi kategori Atomweight World Grand Prix Final menyaksikan pertemuan peserta MMA wanita, iaitu Stamp jaguh dari Thailand bertemu saingannya Ritu Phogat dari India. Siapakah yang memenangi kategori ini?Pastinya gelaran kejuaraan yang diidam-idamkan.

Kategori Bantamweight Kickboxing menyaksikan pertemuan di antara Qiu Jianliang dari China dan perlu menentang Hiroki Akimoto dari Jepun. Manakala Kategori LightWeight pula menyaksikan pertemuan di antara Timofey Nastyukhin  dari Rusia dan perlu menentang  Dagi Arslanaliev dari Turki. 

Aksi Mendebarkan Pertarungan ONE CHAMPIONSHIP WARRIORS

Sementara itu kategori HeavyWeight menyaksikan pertemuan di antara Kang Ji Kwon dari Korea Selatan dan perlu menentangBuchecha dari Brazil. Saksikan juga pertarungan menarik Kategori FlyweightWeight menyaksikan pertemuan di antara Hu Yong dari China dan perlu menentang Yuya Wakamatsu dari Jepun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mia Lateefa Lancar Dua Single Serentak Berjudul ANIMA & ANIMA BELLA

Kisah Ayah Jejak Anak Hilang Dalam Filem LOST AND LOVE di TV2