in ,

Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli

Penceramah motivasi Amin Idris memohon maaf dan memutuskan untuk memadam fotonya berkhutbah pada pagi 1 Syawal dengan memegang tongkat septor Loki. Jelas Amin, dia tiada niat untuk mempersendakan agama atau bergurau sekali pun.

Sejak hari raya pertama, viral beberapa foto-foto khatib ‘amatur’ yang terdiri dari wakil keluarga yang dilihat menggunakan pelbagai jenis peralatan sebagai ganti tongkat khutbah sewaktu solat aidifitri di rumah masing-masing. Bersama foto-foto tersebut turut ditularkan sama adalah foto penceramah motivasi Amin Idris yang dilihat tampil dengan tongkat ‘Scepter Loki’.

Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli

Perkara ini kemudian mendapat perhatian Menteri Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan dengan tegas bahawa hal berkaitan ibadah tidak boleh dibuat sebagai bahan gurauan dan lawak.

Susulan dari itu, Amin tampil memohon maaf dan menjelaskan yang dia sememangnya tiada niat untuk mempersendakan agama mahupun bergurau mengenainya.

“Ramai yang kata “Niat saya baik”, “Saya tak niat nak bergurau pun”, “Tak terfikir nak buat lawak pun.”

“Well, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia.

“Sebagai menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, saya padamkan gambar khutbah pegang tongkat Loki dan memohon ampun kepada Allah kerana jadikan ibadah bahan lawak,”

– Amin Idris
Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli

Tambah Amin, teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri punyai sebab yang kukuh.

“Beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak jadi ‘joykiller’ kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama.

“Selepas teguran itu, saya mula muhasabah diri. Memang benar, walaupun ‘tongkat itu sunat’, tapi ia tetap ibadah.

“Sebagaimana kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat.

“Maka saya terus delete dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapan saya.

“Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali,” tambahnya.

– Amin Idris

Amin turut menyertakan petikan hadis dan fatwa Jabatan Mufti Perlis yang menyentuh mengenai tongkat khutbah.

Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli

Berikut kenyataan penuh Amin Idris di Fb beliau

EDIT UNTUK UPDATE INFO BARU jam 1:06pm
DALAM ISU TONGKAT KHUTBAH

Ramai yang kata “Niat saya baik”, “Saya tak niat nak bergurau pun.”, “Tak terfikir nak buat lawak pun.” Well, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia

Daripada Said al-Khudri RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

‎إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ، وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
“Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk menyakiti hati manusia dan tidak pula untuk MELIHAT ISI PERUT (hati) mereka”. (Riwayat Muslim, hadith no. 1064)

Jadi apabila Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegur tentang isu tongkat khutbah, saya percaya;

1. Beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak jadi ‘joykiller’ kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perinrah agama

2. Selepas teguran itu, saya mula muhasabah diri. Memang benar, walaupun ‘tongkat itu sunat’, tapi ia tetap ibadah. Sebagaimana kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat

3. Jadi apa yang terbaik ? Maka saya terus delete dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapan saya. Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali

4. Maka apa yang betul? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d al-Qarazh beliau berkata :

‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ إِذَا خَطَبَ فِي الْحَرْبِ خَطَبَ عَلَى قَوْسٍ وَإِذَا خَطَبَ فِي الْجُمُعَةِ خَطَبَ عَلَى عَصًا

“Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda berkhutbah di medan perang baginda akan menyampaikan khutbah dengan bersandar pada busur memanah. Dan apabila baginda berkhutbah pada hari Jumaat baginda akan menyampaikannya dengan bersandar kepada tongkat. (Riwayat Ibn Majah hadith no. 1107)

Dalam menghuraikan hadis ni, suka saya merujuk kepada nukilan Imam Al-Nawawi Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi yang menyatakan pendapat ashab al-Syafi’eyyah iaitu sekiranya khatib TIDAK ADA pedang, tongkat, dan seumpamanya maka hendaklah khatib itu MENENANGKAN TANGANNYA. Iaitu dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, atau dia melepaskan sahaja kedua tangannya dan tidak menggerak-gerakkan tangannya. Tujuannya adalah untuk mencapaikan kekhusyukan dan menghalang dari melakukan perbuatan yang sia-sia

Bukannya pi ambik scepter Loki atau light saber (kata kat diri sendiri leteeeww)

5. Fatwa Jabatan Mufti Perlis sejak 2018 lagi sempoi;

“Fatwa Perlis mentarjihkan tidak termasuk sunnah untuk khatib memegang tongkat ketika berkhutbah. Melainkan jika ada keperluan seperti khatib yang uzur atau seumpamanya…” Maknanya kalau dah berdiri gagah, sihat dan bertenaga, tak payahlah tongkat tu.

6. Sekali lagi saya mohon maaf. Apa pun, isu ini adalah ruang & peluang untuk yang tak tahu mula tahu. Insya Allah saya akan bawa isu ini ke #TheAminIdrisShow

Reaksi Netizen:

“Dia hebat sbb berani mengakui kesilapan dan padam agar tak jd ikutan org lain , ada jgak yg mati2 x nk mengakui kesilapan”

“xyah laa kecam.. mungkin dia buat tu salah dia.. and mungkin ketika itu dia xtahu.. and dia pon dh mintak maaf..sedarlah bahawa Allah swt Maha pengampun Maha penyayang.. bersangka baiklah wahai sahabat.. asalkan dia sedar salah dia and saya yakin dia xakan ulang.. percaya atau tidak, sebelum mufti mengeluarkan kenyataan, beribu org kita xtahu benda ni.. Allah jadikan sesuatu ada sbb”

Sekurang nya dia dh mohon maaf dan “bertaubat…semoga Allah terima taubat dia..doakn yg baik2..”

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FINAS Umum Pelan Jangka Panjang Tangani Ekonomi Industri Kreatif Negara

Masa Untuk Berjimba Dah Berakhir, Nazim Othman Buka Hati Mahu Berkahwin