in , ,

Amin Idris Tegur Pasal Sijil Vaksin, Sekali Rita Rudaini Melenting dengan Amin Idris

Gara-gara mempersoalkan tindakan golongan anti vaksin memalsukan sijil digital vaksin Covid-16, penceramah motivasi Amin Idris dituduh mencetuskan provokasi.

Tindakan Amin itu menimbulkan rasa kurang senang pelakon Rita Rudaini yang menganggap pengacara program Assalamualaikum ini seolah-olah sengaja membuka ruang untuk netizen berbalah.

Amin, bagaimanapun menjelaskan apa yang dilakukan itu adalah bagi memberi maklumat yang berasas kepada orang ramai.

“Saya baru tahu Rita Rudaini ada respons. Pendekatan saya daripada dulu bukan jenis mengata orang.

“Saya hanya respons kepada tindakan mereka dan beri input kepada orang ramai…. kalau orang itu terasa, baguslah.

“Semoga dia fikir balik tindakan dia. Apa yang saya tulis disertakan dengan hujah dan dalil.

“Saya tidak sampai tahap tuduh orang ejen Y4hudi. Kalau tak setuju dengan saya, silakan bawa hujah dan dalil. Saya okey saja,”

– Amin Idris
Amin Idris Tegur Pasal Sijil Vaksin, Sekali Rita Rudaini Melenting dengan Amin Idris

Terdahulu, aktres Rita Rudaini berkongsi semula posting Amin di Instagram dengan mempersoalkan tujuan pengacara itu bertindak demikian.

Menurut Rita, posting tersebut mengajak orang ramai untuk bertelagah antara satu sama lain dan bukan untuk berdakwah.

Kalau kita nak kritik orang, maka bersedialah juga untuk dikritik. Termasuk saya

“Saudara ni nak mengumpat ke nak berdakwah?

“Posting kapsyen awal ada unsur mengajak orang ke arah mengumpat dan disudahi dengan hadis.

“Kalau nak tulis kapsyen yang nak memanggil orang untuk mengumpat dan bertelagah lebih baik fokus dekat situ saja,”

– Rita Rudaini

Sementara itu, tambah Amin lagi, teguran secara terbuka itu ditujukan kepada golongan yang menolak vaksin termasuk golongan selebriti.

Amin juga menegaskan orang ramai sepatutnya menerima teguran dengan hati terbuka.

Ujarnya, golongan tersebut sepatutnya bersikap terbuka kerana mereka juga pernah menyebarkan berita-berita yang tidak baik kepada masyarakat tentang vaksin.

Amin minta Rita Rudaini sedia dikritik.

“Saya hanya respon kepada siri-siri sebaran terbuka termasuk oleh sebilangan kecil selebriti berkempen menolak vaksin malah salah guna dalil agama.

“Apabila saya jawab, mereka melenting. Tapi apabila mereka sebar… malah siap tuduh macam-macam boleh pula?

“Kalau kita nak kritik orang, maka bersedialah juga untuk dikritik. Termasuk saya,”

– Amin Idris

Terdahulu pada malam Khamis, Amin memuat naik posting mempersoalkan sikap a.nti vaksin yang turut mahukan sijil digital bagi penerima dua dos vaksin.

“Sibuk bula puak tu nak juga. Macam dekat sekolah masa orang join aktiviti kokurikulum kau mengata poyo, bila akhir tahun sibuk nak sijil.

“Kita percaya pihak berautoriti agar amanah, jangan sampai buat bisnes dan sanggup makan rasuah untuk tipu sijil digital,”

– Amin Idris

Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera, serta lencana imunisasi.

Sijil dan lencana itu bukti individu berkenaan sudah menerima dos vaksin yang lengkap, sekiranya itu menjadi keperluan pada masa depan.

Malu Lihat Artis Bertelagah, Tunjuk Perangai Buruk

Terdahulu aktres sensasi, Rita Rudaini, 45, menegaskan dirinya bukan anti vaksin, sebaliknya hanya memberikan pendapat secara terbuka.

Jauh di sudut hati, pelakon filem Mami Jarum dan Balistik itu tidak pernah sesekali menghalang atau menghasut keluarga, rakan mahupun peminat mengambil untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Saya bukanlah anti vaksin. Jika anti vaksin, saya tidak akan bersetuju dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, mendapat suntikan imunisasi sejak kecil.

“Sekiranya saya anti vaksin, pastinya saya menolak pengambilan vaksin ketika mahu mengerjakan umrah. Saya juga pernah mengambil pelbagai vaksin sebelum ini.

“Ramai tidak faham apabila saya merebus cengkih, amalkan makan habbatus sauda dan sebagainya. Ramai menuduh saya a.ntiva.ksin. Mereka hanya lihat daripada satu sudut, mereka tidak kaji dan selidik kenapa saya berkongsi perkara yang memberi manfaat pada kesihatan.

“Saya tidak pernah memuat naik hantaran di laman sosial menghasut jangan mengambil vaksin. Ahli keluarga dan ramai kawan baik sudah mengambil suntikan vaksin, tiada masalah pun.

“Sebagai contoh, jika anda suka warna biru, takkan nak suruh orang lain ikut suka warna biru,”

– Rita Rudaini

Justeru, Rita menegaskan setiap orang mempunyai pendapat tersendiri, begitu juga dirinya mempunyai hak dalam menyuarakan pendapat.

Terdahulu, Rita mencuri perhatian warga netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Hadir Dalam Mimpi Seorang Kanak-Kanak, Ini Keajaiban Yang Berlaku

Ini Nasihat Ustaz Kepada Shuib Bila Pilih Wanita Jadi Ibu Susuan Ayash Affan