in , ,

Lancar Tak Sanggup Terima, Sean Lee Nafi Dakwaan Cuba Tiru Tarian Jung Kook

Pelakon dan pengacara Sean Lee menyangkal dakwaan cuba meniru gerakan tarian anggota kumpulan BTS, Jung Kook menerusi single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima.

Sean berkata, muzik video lagu itu sudah dirakam lebih awal namun kebetulan dilancarkan dalam tempoh yang hampir sama dengan muzik video Jung Kook.

“Saya tidak meniru sesiapa pun. Sebenarnya muzik video lagu ini sudah dirakam awal dan hanya tinggal proses suntingan dan pelancaran.

“Saya memang meminati Jung Kook dan apabila dia keluarkan single baru mestilah saya akan tonton naskhah terbaharunya.

“Jadi saya pun hubungi pihak produksi maklumkan mengenai perkara ini kerana bimbang jika ada pihak yang menyamakan gerakan saya menyerupai penyanyi itu.”

Menurut Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, dia mengaku terkesan dengan komen-komen netizen yang mendakwa tariannya dalam video yang tular di TikTok ‘cringe’.

Semua orang bermula daripada asas. Menari pun boleh belajar. Saya akui saya bukanlah penari atau penyanyi terbaik, tapi saya mencuba.

“Ini adalah bidang baharu yang saya cuba teroka. Tapi tipu kalau saya tak sakit hati dengan komen-komen negatif netizen.

“Saya tak boleh kawal apa yang orang nak cakap kerana masing-masing mempunyai perspektif tersendiri,” katanya.

Terdahulu percubaan Sean melakukan gerakan tarian menerusi satu klip video di TikTok mendapat kritikan negatif.

Sean yang asyik menari dengan iringan single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

Malah ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jung Kook berjudul Standing Next To You.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHAI BAHAR

Khai Bahar Maafkan Individu Yang Buat Fitnah & Tuduhan Liar

Uqasha Senrose Terkilan, Netizen Sibuk Dengan Perancangan Keluarga