in ,

Khai Bahar Dedah Pernah Jadi Penari B-boy

PENYANYI Khai Bahar mendedahkan dia pernah menyertai kumpulan penari B-boy sebelum bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, Khai berkata, kemalangan sehingga mengakibatkan kakinya terseliuh membuatkan dia mengambil keputusan berhenti meneruskan niat bergelar penari.

“Dulu masa saya di Perlis saya ada kumpulan menari B-boy dan sering juga menari bersama rakan-rakan.

“Tapi disebabkan satu peristiwa kemalangan menyebabkan kaki saya cedera dan terseliuh membuatkan saya terus menghentikan aktiviti itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Khai Bahar dan Nabila dipilih jadi ikon remaja bagi kempen Penjagaan Diri Terbaek Nivea.

Khai ditemui pada majlis pelancaran kempen Penjagaan Diri Terbaek Nivea bersama Nabila Razali di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman pada Selasa.

Pada majlis tersebut turut melancarkan lagu dan muzik video Langkah Berkeyakinan.

Penyanyi lagu Bayang itu memberitahu pengalaman tersebut membuatkan dia tidak kekok untuk menari dengan genre lagu rancak dalam muzik video produk penjagaan diri tersebut.

Dalam pada itu, Khai berkata, dia juga bakal muncul dengan lagu baharu genre pop yang akan menampilkan sisi lain dirinya.

Sementara itu, bercerita tentang penjagaan diri, Khai berkata, dia mula menyedari kepentingan tersebut selepas ditegur oleh ahli keluarga.

Katanya, ketika zaman persekolahan dia kurang menitik beratkan soal bau badan sehingga boleh mendatangkan rasa kurang senang rakan-rakan sekeliling.

“Dulu masa sekolah saya tak sedar tentang bau badan sehingga kakak dan ibu saya tegur, itu pun kadang-kala bergaduh juga dengan kakak sebab tak terima kenyataan.

“Lepas itu saya menyesal sebab apa yang dia orang cakap itu betul, bila badan kita berbau orang tidak mahu rapat dan berkawan dengan kita,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Club Mickey Mouse Is Back – And Bigger Than Ever Before!

Azura Zainal & Nita Hamzah Hos 13 HARI KOTA KINABALU, LABUAN