in ,

KFC Burger Banjir Baharu Lazat Meleleh-Leleh Menjilat Jari

KFC Malaysia komited membawakan anda hidangan inovatif yang sedap hingga menjilat jari melalui penawaran menu meluasnya terutama dengan pengolahan baharu terhadap barisan burgernya yang popular dan bertaraf dunia. Memperkenalkan KFC Burger Banjir baharu – sedap dinikmati meleleh-leleh tanpa hirau.

KFC Burger Banjir yang lazat meleleh-leleh ini membawa Zinger Hot & Spicy signature kami kepada suatu teknik kulinari berani dan baharu – dengan menenggelamkannya ke dalam Sos BBQ Salai! Kemudian, dilengkapi dengan lapisan mayonis dan salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan.

Photo 2a (with background) - KFC Burger Banjir Combo

“Burger meleleh-leleh dengan sos barbeku yang menyelerakan ini dicipta khas untuk melanggar setiap peraturan dalam etika makan. Lepaskan segalanya dan jangan risau untuk comot dengan KFC Burger Banjir baharu ini! Burger smoky lazat ini pasti memberikan anda nikmat Zinger rangup dengan setiap gigitan comot,”

– Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Boleh didapati secara eksklusif di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada, tak payah tahan meleleh-leleh dengan KFC Burger Banjir baharu yang bakal dilancarkan esok bermula RM12.49 dalam beberapa pilihan: (1) A la Carte, (2) Kombo, (3) Box Meal, dan (4) Kombo Aneka yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan Cheezy Wedges (R).

Photo 4a (with background) - KFC Burger Banjir Kombo Aneka

Dapatkan diskaun 10% apabila anda menggunakan kod promo: BANJIR, ekslusif di KFC Delivery dan aplikasi. Nikmati KFC tanpa risau kerana kami mematuhi piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi mengikut garis panduan dan SOP ketat untuk anda menikmati hidangan-hidangan sedap hingga menjilat jari. Layari www.KFC.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Nabil Ahmad Mahu Bagi Bonus Untuk Pelakon Filem MAT BOND MALAYA Jika Kutipan RM10 Juta