in ,

Ketika Pandelela Gagal Sambar Pingat, Video Sebut ‘Babi’ Ini Pula Jadi Viral

Tular di media sosial hari ini apabila warganet terkejut melihat reaksi penerjun negara Pandelela Rinong seolah-olah menyebut babi, setelah mendapat keputusan bagi acara platform 10 meter seirama wanita di Pusat Akuatik Tokyo.

Sebentar tadi, atlet Malaysia dalam sukan terjun 10 meter platform seirama wanita, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee telah turun beraksi untuk merebut gelaran di Olimpik Tokyo 2020.

Walau bagaimanapun, impian mengulangi sejarah seperti di Olimpik Beijing tidak kesampaian apabila mereka hanya berada di kedudukan yang ke-8.

Meskipun begitu orang ramai memahami perasaan kecewa yang dirasai Pandelela hingga mengeluarkan perkataan tersebut, apatah lagi dirinya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh tetapi kemenangan tidak berpihak kepadanya.

Tambahan lagi, orang ramai meluahkan pandangan bahawa ayat yang dikeluarkan Pandelela itu merupakan semangat orang Malaysia.

Walau bagaimanapun, pastinya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian mereka dan mengucapkan syabas diatas usaha yang begitu besar untuk mengharumkan nama negara.

Namun, disebalik pertandingan tersebut, satu video pendek menunjukan reaksi Pandalela apabila menerima keputusan terjunannya telah menarik perhatian ramai dan menghiburkan semua.

Walaupun perkataan tersebut terdengar kasar kepada rakyat Malaysia, namun warganet menerimanya dengan terbuka serta turut sama terhibur melihat sorotan video berkenaan.

“Kami tahu dia berlatih gila babi macam mana, tak apa dia dah buat yang terbaik” ciap pengguna Twitter pertama

“Semangat Malaysia yeahhhh” ciap pengguna Twitter kedua

“Malaysia sejati bila bercakap dekat diri sendiri” ciap pengguna Twitter ketiga

Orang Ramai Mendoakan Pandelela Buat Yang Terbaik Untuk Kategori Individu

Bagi acara seirama wanita Pandelela bersama Leong Mun Yee, kedua-dua atlet ini hanya berjaya menduduki tangga kelapan dengan meraih 277.98 mata sekaligus tidak dapat membawa pulang sebarang pingat untuk Malaysia.

Tetapi orang ramai memberi kata-kata sokongan dan mendoakan supaya Pandelela berjaya membawa pulang pingat untuk kategori individu nanti.

“Jangan risau, individu nanti pasti emas punya” ciap pengguna Twitter pertama

“Nampak juga. Tak mengapa anda sudah melakukan yang terbaik! Buat yang terbaik untuk individu Pandelela!!” ciap pengguna Twitter kedua

Apa-apa pun keputusannya, semoga Pandelela Rinong dan atlet negara yang lain dapat melakukan sebaik mungkin dan berjaya membawa pulang pingat emas untuk Malaysia. Malaysia boleh!

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CERIAKAN PAGI, Ini Rombakan Program di TV3 Mulai 1 Ogos Ini

Kumpulan Koir El Coro Ensemble dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan