in ,

Kumpulan Koir El Coro Ensemble dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan

Tahniah buat Kumpulan Koir El Coro Ensemble dari Malaysia yang telah mencapai kejayaan baru-baru ini. Semoga dengan kejayaan ini dapat membakar semangat anda semua untuk terus mencipta kejayaan di masa akan datang.

KUMPULAN Koir El Coro Ensemble dari Malaysia yang telah ditubuhkan pada Jun 2017 dan diketuai oleh Mohamad Azrin Hj Mohd Noor baru-baru ini telah memenangi Pingat Emas bagi kategori “Virtual Choir” & Tempat Pertama dalam “Fans Favorite Award” yang meraih sebanyak 2071 undian penonton yang telah menyaksikan video itu di ruangan komen untuk pertandingan koir peringkat antarabangsa atau lebih dikenali ‘2021 Taipei International Choir Competition’ (2021 TICC) – Taiwan. Kumpulan koir ini terdiri daripada 26 orang ahli dari jurusan yang berbeza.

Kumpulan Koir El Coro Ensemble Dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan

Pertandingan koir peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Taipei Philharmonic Foundation itu telah diadakan pada 22 hingga 25 Julai 2021 yang lalu. Penganjuran kali ini berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Kumpulan ini mempertaruhkan lagu Bahasa Kalbu yang dinyanyikan oleh Titi Dj / Raisa untuk pertandingan tersebut.

Kumpulan Koir El Coro Ensemble Dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan

Sebanyak 9 negara yang telah terlibat dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan pada kali ini seperti Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Poland dan banyak lagi. Terdapat 13 kategori yang dipertandingkan. El Coro Ensemble merupakan wakil tunggal daripada Malaysia.

Kumpulan Koir El Coro Ensemble Dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan

Barisan juri yang terlibat pada pertandingan kali ini merupakan nama-nama terkenal di dalam peringkat antarabangsa seperti Inessa Bodyako (Belarus), Lorenzo Donati (Italy), T.J. Harper (USA), Gábor Hellerung (Hungary), HeeChurl Kim (Korea Selatan), Ko Matsushita (Japan), John Pamintuan (Philippines), Susanna Saw (Malaysia), Tim Sharp (USA), Aida Swenson (Indonesia), Chia-Fen Weng (Taiwan) dan Eui-Joong Yoon (Korea)

Kumpulan Koir El Coro Ensemble Dari Malaysia Cipta Kejayaan Yang Membanggakan

Pada tahun ini juga, kumpulan El Coro Ensemble telah merangkul 2 lagi pingat Emas dalam pertandingan koir di The United States of America (USA), International Youth Music Competition (IYMC) dalam kategori “Large Group Category” dan The Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) National Virtual Choir & Vocal Festival 2021 (MCE 2021) dalam kategori terbuka. Untuk pertandingan yang akan datang berlangsung secara maya juga pada bulan Ogos ini di Riccione, Italy – Sopravista Olympic Art Games 2021 anjuran Sopravista International Festivals.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pandalela | 23

Ketika Pandelela Gagal Sambar Pingat, Video Sebut ‘Babi’ Ini Pula Jadi Viral

Farah Diana | 24

Anda Mahu Nampak Sentiasa Muda & Remaja, Amalkan Mengambil Makanan Ini