in

CERIAKAN PAGI, Ini Rombakan Program di TV3 Mulai 1 Ogos Ini

Nantikan program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3! Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari anda dengan semangat yang lebih positif!

Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Strategi penjadualan baharu ini akan bermula pada 1 Ogos ini dengan mengukuhkan slot waktu pagi untuk memberi kepuasan kepada penonton setia kami. Menerusi TV3, ada beberapa program yang disingkatkan waktu siaran supaya ia menjadi lebih padat di samping penampilan selebriti berbakat besar seperti Nabila Huda, Sissy Imann dan Amyra Rosli sebagai hos program TV3.” 

Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad
Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Mulakan rutin harian anda dengan program ilmiah, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada setiap hari, pukul 6.30 pagi. Dapatkan berita terkini dalam Buletin Pagi yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 pagi dan bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad, pukul 9.30 pagi.

Slot Cempaka yang menyiarkan seleksi drama bersiri popular akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.00 pagi. Drama bersiri pertama yang mengisi slot Cempaka ialah ‘Lelakimu Yang Dulu’ lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli dan Reen Rahim. 

Hidupkan Pagi_Logo (1)

Dua program bual bicara popular iaitu Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam terus komited dalam berkongsi info menarik, isu-isu semasa serta topik yang berkait rapat dengan soal kepentingan masyarakat. Malaysia Hari Ini akan bertukar waktu siaran kepada pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi mulai 2 Ogos manakala Borak Kopitiam pula bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Hujung minggu anda pasti lebih ceria dengan program Muzik Muzik yang kini bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sissy Imann. Tentunya keletah kedua-dua hos ini menceriakan pagi anda dan sama-sama kita mengikuti Carta Mingguan Muzik Muzik untuk mengetahui kedudukan terkini lagu-lagu yang dicalonkan.

Melodi, program paling sensasi negara akan menampilkan Nabila Huda selaku hos terbaharu bermula Ogos ini dengan waktu siaran baharu iaitu pukul 12.30 tengah hari selama satu jam. Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang seni dan pernah menyandang Pelakon Wanita Terbaik di beberapa anugerah yang berprestij. 

Amyra Rosli, pelakon wanita yang popular dengan drama bersiri Nur, Sang Pewaris dan Sabarlah Duhai Hati akan menggalas tugas sebagai hos program Nona mulai 8 Ogos 2021 pada pukul 2.00 petang. 

Berikut ialah perubahan siaran TV3 mulai 1 Ogos 2021:

Isnin hingga Jumaat 

8.00 – 9.00 pagi CEMPAKA
9.00 – 9.30 pagiBULETIN PAGI
9.30 – 10.30 pagi MALAYSIA HARI INI 

Ahad 

8.00 – 9.30 pagi BORAK KOPITIAM
9.30 pagi BULETIN PAGI
11.30 pagi – 12.30 tengah hariMUZIK MUZIK
12.30 tengah hari – 1.30 petangMELODI

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosmin Rim | 23

RIM Puji Penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM)

Pandalela | 24

Ketika Pandelela Gagal Sambar Pingat, Video Sebut ‘Babi’ Ini Pula Jadi Viral