in

Ketahui Rahsia Haiwan Laut Dalam Dokumentari NATURE REVENGE

Tahukah anda dalam banyak-banyak haiwan di dunia ini, ada juga haiwan yang mungkin belum pernah terfikir dek fikiran kita, apatah lagi melihatnya secara realiti.

Menerusi dokumentari mengisi slot World Watch di TV1 bertajuk “Natures Revenge” yang disiarkan mulai 13 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang, RTM membawakan kepada penonton rahsia laut dalam yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini. 13 episod dokumentari ini membawakan tajuk serta pengisian menarik tentang haiwan yang habitatnya di laut dalam.

Ketahui Rahsia Haiwan Laut Dalam Menerusi Dokumentari “Nature Revenge” Di TV1

Pada kebiasaannya, ikan tidak mendatangkan bahaya kepada penyelam atau pemancing, namun bagaimana dalam keadaan tertentu, ikan boleh menyerang manusia? Ikan yang menyerang manusia kerana terpaksa atau celaru? Saksikan paparannya dalam tajuk “When Fish Attack 2”.

Seterusnya ikuti perkongsian tentang Mississippi merupakan sungai ke empat terbesar di dunia yang membekalkan 60 juta liter air. Sungai ini mengalir di 34 negeri di Amerika Syarikat. Namun, di sebalik perkara ini,

Mississippi merupakan tempat pembuangan sampah, apabila berlaku banjir, terdapat banyak sampah dan himpunan runtuhan kenderaan. Justeru saksikan ‘River Warrior’ yang terdiri daripada Chad (The Leader), Tammy (The Manager), Geoff ( Crew Chief), Nozzy (The Muscle) & Mike (The Captian) yang ditugaskan untuk mengutip sampah dan bahan buangan sungai dalam.

Saksikan tentang lintah, the horn lizard, semut, komodor dragon, bugfly, northern furme, turkey vulture & kelawar (vampire bat) dalam tajuk “Nasty by Nature” dan diikuti paparan reptalia terpanjang yang menjangkau 20 kaki menerusi tajuk “Croc Attack”.

Kisah binatang-binatang kecil tetapi berbisa dibawakan dalam episod “Monster Bugs Wars” dan diteruskan dengan kisah kewujudan burung-burung di zaman dinasour dalam “Claws and Jaws”.

Ada lagi tajuk menarik dalam “Blood In The Water” membawakan cerita tentang kewujudan ikan pada 375 juta tahun yang lalu. Ia diakhiri dengan tajuk ‘When Animal Biteback’ tentang 5 kejadian yang melibatkan haiwan dan manusia.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didie Alias Lancar LEFEST 

Pencarian Hero Oven Musim Kedua Bermula