in , ,

Netizen Puji Video Muzik SIAPA TAK MAHU Ada Mutu Antarabangsa, Kini Trending

Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersyukur video muzik Siapa Tak Mahu merekodkan lebih 300,000 tontonan selepas 13 jam dilancarkan di YouTube dan menganggap kejayaan video muzik Siapa Tak Mahu adalah hasil kerja sepasukan.

Video muzik  (MV) rasmi lagu Siapa Tak Mahu dendangan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat jumlah tontonan setengah juta dalam masa sehari selepas dilancarkan. Video rasmi lagu yang terkandung dalam album ManifestasSITI 2020 itu diluncurkan pada 16 Oktober lalu menerusi akaun YouTube rasmi Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, jumlah itu terus meningkat naik kepada hampir 700,000 tontonan pada hari ini.

Video muzik berkenaan diarahkan oleh Ghazi Maslan dan menampilkan pelakon jelita Mira Filzah dan aktor semakin meningkat naik Hun Haqeem sebagai model.

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Sejak dilancarkan, Siapa Tak Mahu menjadi trending dalam laman Twitter kerana rata-rata peminat menyukai konsep yang dibawakan Siti Nurhaliza dalam video tersebut.

Siti percaya nilai tambah dalam video arahan Ghazi Maslan yang menampilkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dan bakat baharu, Hun Haqeem menjadi tarikan hingga jumlah tontonan tinggi direkodkan.

“Jika hendak dibandingkan zaman dahulu di mana pilihan menonton video muzik di platform seperti di YouTube belum ada, pasti berbeza pandangan dan situasi.

“Ketika diberitahu jumlah tontonan video muzik Siapa Tak Mahu mencecah 300,000 selepas 13 jam, saya tidak menyangka. Ini umpama sejarah peribadi pertama buat saya… Alhamdulillah, sangat memberangsangkan.

“Saya percaya kehadiran Mira dan Hun menjadi nilai tambah yang terus menarik perhatian ramai untuk menonton video muzik ini,”

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid ini juga mengaku teruja menunggu pelancaran video muzik berkenaan di saluran YouTube rasminya.

“Saya sempat menyapa peminat dan meninggalkan komen di ruang ‘live chat’. Saya mahu merasakan bagaimana menunggu pelancaran video muzik bersama peminat… Macam pratonton filem pun ada.

“Saya berdebar kerana tidak tahu bagaimana reaksi peminat. Saya pasti dalam keberanian membuat sesuatu yang baharu, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Hidup ini bukan senang hendak memuaskan hati semua orang.

“Namun, sebaik melihat komen positif peminat dan penggemar muzik, ia memberi kelegaan,”

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Siti menganggap kejayaan video muzik Siapa Tak Mahu adalah hasil kerja sepasukan.

“Ini termasuk syarikat rakaman, produksi, pengarah, pelakon, kru, pereka pakaian, props, solekan dan semua yang ada di belakang tabir.

“Tidak lupa pencipta lagu Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna,” katanya yang turut bersaing dalam kategori online ABPBH 33, Lagu Paling Boom menerusi Anta Permana.

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dalam video muzik itu, Siti memegang watak sebagai perisik dan memerhatikan gelagat sepasang kekasih yang berkunjung ke sebuah muzium.

Malah busana yang digayakan oleh penyanyi berusia 41 tahun itu turut menarik perhatian peminat kerana beliau menukar sebanyak lima pasang baju berdasarkan karakter yang dibawakannya.

Peminat juga menyifatkan video muzik itu menampilkan kelainan daripada Siti selain memuji kualiti yang setaraf antarabangsa.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesiannya! Gadis Maut Ketika Rawatan Sedut Lemak Gara-Gara Nak Naik Pelamin

Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri, Ini Sebabnya Keterlaluan