in ,

Kerjasama Airasia & Lembaga Pelancongan Singapura Pacu Industri Pelancongan

Kerjasama ini meningkatkan kesedaran destinasi melalui usaha pemasaran bersama dan menawarkan pengalaman perjalanan menarik di Singapura melalui pelbagai tawaran di airasia Super App

airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mempromosikan perjalanan ke Singapura. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, para pelancong dari rantau ini kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App.

Pengguna airasia Super App, yang mempunyai tawaran perjalanan dan gaya hidup, kini boleh menempah pengalaman pelancongan di Singapura seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain, yang kini tersedia di platform airasia Super App berikutan kerjasama ini.

Airasia+Stb-2

 Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital untuk meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura, serta bertukar pengetahuan dan pandangan untuk mengenali para pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat – seperti corak perbelanjaan mereka. airasia dan STB juga akan bersama-sama mempromosikan Singapura melalui kempen pemasaran dan perkongsian kandungan.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas peluang ini. Singapura ialah salah satu pasaran utama kami dan sebagai sebuah aplikasi super yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan platform pelancongan dalam talian (OTA) yang kukuh dan data yang telah dikumpul selama 20 tahun sebagai syarikat penerbangan terkemuka di dunia, kami yakin dapat memaksimumkan kerjasama ini dan membawa para pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata “Memandangkan sempadan antarabangsa kini dibuka semula secara beransur-ansur, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan memacu industri pelancongan ke hadapan. airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan merentasi rantau ini kerana kami kini mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan mereka. Kerjasama dengan STB ini adalah strategik dan tepat pada masanya, dan kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara.” 

Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif, Lembaga Pelancongan Singapura berkata “Kami turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia, salah satu rakan kongsi serantau utama kami. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan. Asia Tenggara, yang telah menjadi latar belakang airasia, mewakili elemen utama pemulihan ini. Melalui airasia Super App, STB percaya kami akan terus menjangkau rakyat di rantau ini dengan lebih luas dan mengalu-alukan mereka kembali ke Singapura.”

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fauziah Latif | 17

Fauziah Latiff & Faiz Hazni Bakal Jayakan Amal Johor Fitrah Kasih Sahurathon & Iftar Ramadhan 2022 

Eric Fuzi | 18

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi