in , ,

Kerana Cinta Itu Sempurna Bila Dihalalkan, Adaptasi Novel AYAT-AYAT HALAL

Kerana Cinta Itu Sempurna Bila Dihalalkan… sebuah karya indah bertajuk “Ayat-Ayat Halal” adaptasi dari novel karya Syamnuriezmil bakal ditayangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 2 Julai Ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.

Bersiaran sepanjang 26 episod, drama bersiri diarahkan bersama MP Roslin dan Azri Azhar, terbitan produksi Global Station Sdn Bhd ini menampilkan lakonan mantap Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez, Nadiya Nisaa watak Ulya Ayani, Fikhree Bakar (Ustaz Hassan), Razak Ahmad (Pak Ayop),Chiwan Chilok (Hazmon), Lan Siro sebagai (Ulwan) dan Shah Rezza (Pak Ali).

Akibat kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

babak dalam drama ayat-ayat halal rtm

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul.

pelakon drama Ayat-Ayat Halal

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya? Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan.

Pelakon Ayat-Ayat Halal episod

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cinta Teragung dalam Single KAU BIDADARI Nyanyian Syafiq Farhain

Imbas Nostalgia 90An Anda Bersama Suria FM Jun Ini, Ada Lagu Kegemaran Anda!