in ,

Imbas Nostalgia 90An Anda Bersama Suria FM Jun Ini, Ada Lagu Kegemaran Anda!

Bermula 21 Jun hingga 25 Jun ini, pendengar akan melayari memori tahun 90an menerusi lagu-lagu popular dan kegemaran ramai tahun 90an di dalam dan di luar negara yang akan dimainkan sempena minggu Demam 90an di Suria.

Selama seminggu juga, pendengar boleh mendengarkan atau menonton temubual istimewa ‘Memori 90 Suria’ bersama penyampai Suria dan artis popular 90an tanah air seperti Ziana Zain, Norman KRU, Ameng Spring, Nizam Laksamana and Joey BPR menerusi siaran langsung IG Suria Malaysia setiap hari pada jam 9.00 malam.

Selain daripada mendengar lagu popular yang menggamit memori, pendengar juga boleh berkongsi lagu 90an pilihan dan nostalgia disebalik lagu tersebut menerusi segmen khas Team Pagi Suria iaitu ‘Memori 90 Suria’ setiap hari pada jam 9.30 pagi dengan menghubungi talian Suria FM di 03-77242115.

Imbas Nostalgia 90An Anda Bersama Suria FM Jun Ini, Ada Lagu Kegemaran Anda!

Bulan Jun ini juga, Suria FM akan menayangkan pengisian istimewa sempena Hari Bapa melibatkan penyampai Suria iaitu Ajak, Issey, Fizi Ali dan Tyzo dan menyelusuri perasaan sebenar mereka sebagai seorang bapa.

Saksikan video temubual istimewa ‘Jannah Untuk Ayah’ sempena Hari Bapa pada 20 Jun ini jam 12.00 tengah hari di Facebook Suria FM dan YouTube SuriaTV,

Imbas Nostalgia 90An Anda Bersama Suria FM Jun Ini, Ada Lagu Kegemaran Anda!

Fiesta Bola Eropah 2020 Suria FM – pengisian khas buat peminat bola sepak dunia yang tidak sempat untuk mengikuti perlawanan Euro 2020. Ikuti perkembangan perlawanan dan ketahui jadual perlawanan menerusi segmen khas Grandstand Suria di frekuensi Suria FM serta aplikasi dan media sosial Suria Malaysia. Dapatkan trivia menarik dan sertai kuiz mudah mengenai Euro 2020 dan negara yang bertanding di IG story Suria Malaysia.

Imbas Nostalgia 90An Anda Bersama Suria FM Jun Ini, Ada Lagu Kegemaran Anda!

Kekal dirumah dan tetap berhibur dengan Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerana Cinta Itu Sempurna Bila Dihalalkan, Adaptasi Novel AYAT-AYAT HALAL

Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Penggiat Industri Kreatif, Tonton Diskusi FDAM Live