in , ,

Kerajaan Umum Pelaksanaan PKP di Enam Buah Negeri Bermula 13 Hingga 26 Januari

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di 6 buah negeri bermula 13 Januari (Rabu) hingga 26 Januari 2021 untuk tempoh 14 hari.

PKP kali ini seperti yang diumumkan melalui perutusan khas tidak melibatkan semua negeri tetapi hanya 6 buah negeri yang terlibat. Antara 6 buah negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala 6 lagi negeri akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Arahan PKPB bagi negeri-negeri ini juga bermula dalam tempoh yang sama seperti negeri-negeri PKP. Untuk Perlis dan Sarawak akan kekal sebagai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kebenaran Rentas Negeri Dan Daerah

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin, negeri PKP tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan daerah. Ketua keluarga hanya dibenarkan untuk keluar dalam radius 10 kilometer sahaja.

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”

– Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin

Manakala bagi negeri PKPB, rentas negeri juga tidak dibenarkan tetapi dibenarkan untuk rentas daerah. Ianya sama seperti pelaksanaan di 2 buah negeri dibawah arahan PKPP.

Segala SOP akan diperincikan oleh MITI dalam masa terdekat. Nantikan!

Jadi jika tiada urusan penting, Just Stay At Home!

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Disney+ Dilancarkan di Singapura Febuari 2021, Buat Ramai Orang Malaysia Cemburu

Keluarga Ini Terselamat Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terhempas