in ,

Keluarga Ini Terselamat Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terhempas

Siapa sangka, gara-gara penerbangan dihalang kerana tidak menjalani ujian swab, keluarga ini terselamat daripada nahas ngeri kapal terbang terhempas.

Seorang individu dari Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia, Osneti mampu menghela nafas lega apabila beliau dilarang untuk menaiki penerbangan Sri wijaya Air SJ 182 dari Jakarta ke Pontianak baru-baru ini. Segalanya bermula apabila wanita berusia 50 tahun itu bersama anak, adik dan anak buahnya dilaporkan tidak memiliki dokumen ujian swab COVID-19 PCR negatif.

Keluarga Ini Terselamat Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terhempas

“Saya sudah tiba di lapangan terbang dan hendak menaiki pesawat, tapi dilarang kerana tidak memiliki hasil ujian swab PCR.

“(Sebaliknya) saya hanya ada surat ujian pantas (rapid test) antigen,”

– katanya ketika dihubungi pemberita, memetik laporan Kompas.

Difahamkan, beliau pada awalnya tidak tahu bahawa syarat untuk masuk ke Pontianak adalah diwajibkan untuk menjalani ujian swab berkenaan, di samping hanya menyangka bahawa surat ujian pantas antigen itu sudah memadai.

Ekoran dihalang daripada mengikuti penerbangan, timbul kekecewaan dalam diri Onesti kerana tiketnya sudah dibeli.

Keluarga Ini Terselamat Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terhempas

Malah Osneti juga terkilan kerana kehadirannya di Pontianak sebagai tetamu bagi majlis perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 10 Jan semalam juga dinantikan ahli keluarganya di sana.

“Tapi kekecewaan itu berubah menjadi sujud syukur kerana hanya selang beberapa jam selepas pembatalan penerbangan itu, saya mendapat khabar berita kapal terbang itu hilang dari radar,”

– Osneti

Jelasnya, beliau tidak menyangka hikmah dia dilarang menaiki penerbangan tersebut telah menyelamatkan nya.wanya sendiri hingga membuat sujud syukur serta menangis.

Keluarga Ini Terselamat Dari Menaiki Pesawat Sriwijaya Sebelum Terhempas

Tidak kurang juga, perasaannya ketika itu agak bercampur-baur kerana dirinya terselamat daripada nahas tersebut, sedangkan penumpang lain telah pun meninggal dunia.

“Senang dan duka bercampur-aduk. Senang kerana mampu terhindar daripada musibah itu, duka kerana ada orang lain yang terkena musibah,”

– Osneti

Menurutnya lagi, beliau tidak menyangka ada hikmah selepas beliau dan ahli keluarga lain dilarang menaiki penerbangan tersebut, hingga membuat sujud syukur serta menangis.

Pencarian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu, masih diteruskan hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerajaan Umum Pelaksanaan PKP di Enam Buah Negeri Bermula 13 Hingga 26 Januari

Shima Anuar Positif Covid-19, Sahkan Tiada Kontak Rapat Dengan Pesakit