in , ,

Filem Town Mall 2 Projek Penuh Misteri Kembali Menghantui Anda Di tonton

Lihat di sekeliling anda dan jangan abaikan apa yang anda lihat.

Alami pengalaman seram ke tahap maksimum apabila anda menonton filem seram yang intens dan penuh misteri ini. “Town Mall 2” kini tersedia untuk penstriman secara eksklusif di Tonton. 

Town Mall 2, kesinambungan daripada filem yang sebelumnya iaitu Town Mall membawa para penonton mendalami pengalaman seram yang pastinya bakal membuat bulu roma anda meremang. Filem ini mengisahkan Ariani (lakonan Tiz Zaqyah), seorang pengurus projek yang ditugaskan untuk menyambung semula pembinaan bangunan Town Mall yang telah terbengkalai buat kali ketiga. Pastinya, sesuatu yang ditinggalkan akan membawa malapetaka. 

Filem Town Mall 2 Projek Penuh Misteri Kembali Menghantui Anda Di tonton

Sepanjang projek tersebut disambung, pelbagai bentuk gangguan mistik telah berlaku dan berlarutan sehingga menyebabkan Ariani seolah hilang akal. Dapatkah projek ini dijayakan? Adakah Ariani sebenarnya menyembunyikan sesuatu yang menyebabkan dirinya diganggu?

Semestinya ramai yang sudah tertunggu-tunggu untuk menonton sambungan filem Town Mall yang menampilkan barisan pelakon mantap seperti Tiz Zaqyah, Alif Satar, Chacha Maembong, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Ingat, jangan abaikan apa yang kau lihat. 

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan alami sendiri pengalaman berhantu “Town Mall 2”. Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan Tonton di Smart TV sekarang! Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Markah Peserta Konsert Bintang RTM 2024 Minggu Pertama

WINGS

Wings Perkenalkan Peraduan Tonton, Gores & Menang Untuk Pembeli Tiket