in ,

Kena Sedar, Kalian Bukan ‘REAL’ Artis, Penerbit Datuk Normashayu Puteh Sindir Influencer?

Pedas yang penuh makna ayat yang Datuk Normashayu Puteh kongsikan di ruangan komen Instagram Mstar Online hari ini, mengenai influencer yang ingin terjun dalam dunia lakonan tanpa sebarang ilmu untuk menjadi pelakon.

Penerbit dan produser filem tanah air Datuk Normashayu Puteh memberi pandangannya terhadap pendatang baru, yang ingin menjadi pelakon dalam industri seni tapi tidak mempunyai pengetahuan asas lakonan dan meminta bayaran tinggi seperti pelakon veteran.

Datuk Normashayu Setuju Dengan Nabila Huda

Datuk Normashayu juga bersetuju dengan pesanan yang Nabila Huda berikan menerusi temubualnya bersama Mstar Online, kalau influencer mahu menjadi pelakon mereka harus pergi kelas dan belajar bagaimana hendak menjadi pelakon.

“Betul tu. Dulu saya pun dah bagi pesanan kalau nak jadi pelakon belajar dulu.”

Kesian Pada Penonton Dan Minta Harga Kalah Nabila Huda – Datuk Normashayu

Datuk Normashayu berkata jika seseorang itu ingin menjadi pelakon, mereka haruslah menghadiri kelas lakonan dahulu sebelum berlakon seperti untuk video YouTube atau TikTok semata.

Meski pedas ayat yang dikongsikan tetapi ianya adalah nasihat yang benar, apatah lagi ramai golongan influencer yang terjun dalam bidang lakonan tetapi tidak mempunyai ilmu lakonan bagi menghayati watak.

Kena Sedar, Kalian Bukan ‘REAL’ Artis, Penerbit Datuk Normashayu Puteh Sindir Influencer?

“Kesian pada penonton yang bayar wifi, bila lakonan itu tak rasa ke jiwa. Ini kadang konon kau influencer banyak follower berlagak sebab kita nak ambil dia berlakon penggambaran. Bagi harga merepek-repek kalah Nabila Huda!” kongsi Datuk Normashayu di ruangan komen Instagram Mstar

Lakonan Keras Macam Kayu Kayan

Penerbit popular ini juga menyatakan jika lakonan yang dipamerkan tidak memuaskan hati dan keras seperti kayu, jadi jangan terkejut jika di kemudian hari mereka menerima cacian serta kritikan dari orang ramai kerana beri lakonan sebegitu rupa.

“Berlakon ala-ala dalam YouTube, dalam Instagram, dalam TikTok itu keras kayu layan pun ada. Kena sedar satu, kalian tetap bukan ARTIS SEBENAR. Jadi agak-agaklah nak letak harga tak kena gaya, kalau jadi Insta Famous jadilah influencer dah kaya dan senang.

Itu rezeki. Tak apalah, lain bila baru masuk skop artis ini. ARTIS SEBENAR. Jadi kena belajar dulu ambil kelas, dan belajar menjiwai watak dan kena pandai ikut que supaya tak menyusahkan dan kena di carut netizen.” Kongsi Datuk Normashayu di ruangan komen Instagram Mstar Online

Jadi pokok pangkalnya kalau nak jadi pelakon kenalah pergi belajar dahulu sebelum masuk set penggambaran, dan bukan kosong semata dan tidak menyusahkan pelakon veteran ketika di set lakonan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Nak #tetapbangga Apa Dengan Laknat Allah,” PU Syed Hentam LGBT

Kekayaan Meningkat, Robert Kuok Kekal Sebagai Individu Terkaya Malaysia Dengan RM50.3 Bilion