in ,

Iqbal Mahu Rakam Lagu, Sanggup Bayar Pencipta Lagu Sebanyak Setengah Juta

Iqbal meluahkan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu dengan kos sebanyak RM500,0000, termasuk dengan pembikinan muzik video. Wow! Banyaknya duit dia!

Sejak beberapa bulan yang lalu, hangat kisah percintaan diantara usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Kali ini pula bukanlah kisah percintaan, tetapi menerusi perkongsian di Instagram Stories pemuda berusia 27 tahun itu, dia berkata sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar yang segera dan turut menawarkan bajet dengan kos yang rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja.

Iqbal Mahu Rakam Lagu, Sanggup Bayar Pencipta Lagu Sebanyak Setengah Juta

Selang beberapa jam selepas berkongsikan hajatnya itu di Instagram Stories, Iqbal memuatnaik status baru kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pihak yang mempertikaikan soal dirinya ingin mengeluarkan bajet sebanyak itu.

Katanya lagi, beliau tidak mahu disamakan dengan pengasas lain yang hanya mementingkan duit berbanding bakat. Menurut Iqbal, dia merupakan juara nasyid Negeri Kelantan dan bakal membuktikan kepada orang ramai bahawa dia mampu untuk bernyanyi dengan baik walaupun dirinya bukan penyanyi profesional.

Iqbal Zulkefli tidak mahu orang mempertikaikan mengenai hasratnya untuk merakamkan lagu seperti yang dinyatakannya baru-baru ini.

Iqbal Mahu Rakam Lagu, Sanggup Bayar Pencipta Lagu Sebanyak Setengah Juta

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal menyatakan tentang sejarahnya yang pernah muncul juara dan naib juara pertandingan nasyid.

“Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan, juga naik juara peringkat Malaysia di radio. Ibu saya penulis lirik album nasyid juara kebangsaan.

“Di Universiti juga ada subjek khas penulisan lirik lagu,”

– Iqbal

Pada masa sama, Iqbal juga tidak mahu dia disamakan dengan founder lain yang hanya semata-mata mempunyai wang untuk menghasilkan lagu.

“Satu perkara lagi, Jangan samakan saya dengan founder lain, asalkan ada duit boleh buat lagu.

“Saya akan buktikan saya boleh walaupun saya sedar saya bukan akan jadi penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil,”

– Iqbal

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta memberitahu drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemuncak Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua

Pesakit Barah Payudara Sebar Harapan Bersama HOPE IS JUST AROUND THE CORNER