in

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3

Bintang 141- Kemuncak tahun ini di Indonesia Mencari Bakat 3 yang terdiri dari dua finalis yakni penari cilik yang berasal dari Bogor, Sandrina Azzahra yang akan bersaing dengan pelukis pasir, Vina Candrawati.

Indonesia Mencari Bakat 3 adalah program realiti yang diadakan untuk mencari bakat-bakat terbaik di Indonesia. Dewan jurinya yang terdiri dari Titi Sjuman, Addie Ms, Deddy Corbuzier, Soimah Pancawati dan Syahrini. Program yang dihoskan oleh Omesh ini telah berlangsung hampir enam bulan yang bersiaran di dua buah negara Indonesia dan Malaysia.

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3

Persaingan antara dua finalis dinilai cukup sengit. Kedua mereka mempunyai bakat dan kehebatan yang luar biasa. Sandrina seorang penari Jaipong yang baru berumur 11 tahun menampilkan 3 tarian pada minggu lalu (5mei 2013) iaitu tari laser, tari liong bersama barongsai dan tari ala Michael Jackson. Beliau mendapat banyak pujian dari para juri.

“Satu lagi kemampuan kamu yang terlihat adalah bisa menyesuaikan dengan kelompok tarian mana saja.”

Manakala Vina melukis di pasir bersama suaminya Denny Darko, menggambar terbalik dan juga melakar wajah Michael Jackson menggunakan kakinya.

“Tadinya saya bingung, ini temanya Michael Jackson. Saya nggak abis pikir saja sama Vina, bisa menampilkan konsep ini, verry entertaining,” puji Deddy Corbuzier.

Keduanya cuba memberikan persembahan yang terbaik. Bagaimanakah persiapan mereka untuk persembahan terakhir di pentas IMB3 dan siapakah yang akan bergelar juara Indonesia Mencari Bakat musim ini? Saksikan putaran akhir 11 dan 12 Mei ini jam 8 malam hanya yang terbaik dari Bintang 141, Indopek Astro. Ditayangkan eksklusif sama hari dengan Indonesia.

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Menarik Sempena Hari Ibu di TV3

Filem Ribut Barat Lakonan Yusof Haslam