in ,

Senarai Program Menarik Sempena Hari Ibu di TV3

[dropcap]T[/dropcap]iada ungkapan mahupun wang ringgit yang mampu menandingi kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal disambut pada 11 Mei 2013 ini, TV3 menyajikan telemovie dan program menarik khas untuk tontonan seisi keluarga bermula 11 hingga 13 Mei 2013. Hayati maksud kasih sayang seorang ibu menerusi 4 program seperti ‘Shakti The Power’, ‘Inalillah’, ‘Anak Mami The Movie dan‘WHI Istimewa Hari Ibu’.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama TV3 menerusi program-program menarik ini!

PANGGUNG SABTU: ‘SHAKTI THE POWER’ – Sabtu, 11 Mei 2013, jam 2.00 petang
Mengisahkan tentang Nandini yang tinggal di Kanada dan hidup dalam serba kemewahan. Setelah dia berkahwin dengan Shekhar dan dikurniakan seorang anak bernama Raja, Nandini pulang ke India untuk bertemu dengan ahli keluarga suaminya yang terlibat dalam peperangan kumpulan feudal. Namun, setibanya mereka di India, Shekhar telah dibunuh oleh sekumpulan penjahat. Nandini berasa tidak selamat dan ingin kembali ke Kanada. Pelbagai rintangan harus dilalui oleh Nandini untuk membebaskan diri dari kawasan yang penuh persengketaan itu. Malah, sebagai seorang ibu Nandini juga perlu melindungi anaknya, Raja. Berjayakah Nandini dan anaknya kembali ke Kanada dengan selamat?
Pelakon: Karisma Kapoor, Sanjay Kapoor, Shah Rukh Khan, Nana Patekar, Deepti Naval.

[pullquote align=”right”]Raikan Kasih Sayang Ibu Bersama TV3 dengan program menarik yang disajikan[/pullquote]

CEREKARAMA: ‘TAKBUR MAMA’ – Sabtu, 11 Mei 2013, jam 10.00 malam
Taqifah merupakan seorang anak yatim dan telah berkahwin dengan Azman. Namun perkahwinannya tidak direstui oleh ibu mertuanya. Ketika pulang ke rumah, Azman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengakibatnya koma. Ibu mertua Taqifah mengambil peluang ini untuk memisahkan Azman dengan Taqifah. Taqifah yang sedang sarat mengandung ketika itu telah dikurung oleh ibu mertuanya. Kemudian ibu mertuanya merancang untuk berjumpa bomoh dengan tujuan menghancurkan hidup menantunya itu. Namun takdir telah menentukan segalanya. Ibu mertua dan adik iparnya meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu menuju ke rumah bomoh itu. Sementara itu, Azman juga telah menghembuskan nafas terakhirnya dan keadaan Taqifah pula ketika itu amat tenat kerana berlaku pendarahan pada kandungannya. Apakah yang terjadi seterusnya?
Pelakon: Lisdawati, Fauzi Nawawi, Norlia Ghani, Fizz Fairuz, Lana Nordin, Julia Ziegler, Qazem Nor

WAYANG: “ANAK MAMI THE MOVIE’ – Ahad, 12 Mei 2013, jam 3.00 petang
Filem ini mengisahkan tentang Aniq yang berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga masing-masing kerana sikap keluarga mereka yang akan mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya pihak universiti mengadakan program keluarga angkat di mana Amelia tinggal di rumah keluarga Aniq sebagai anak angkat, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia dengan tujuan untuk memikat bakal mertua masing-masing. Namun rancangan mereka mempunyai masalah apabila Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Farouk Hussin, Emylia Rosnaida, Fiza, Shukor Mohaideen, Zahida Rafik, Norlia Chani, Kartina Aziz, Pi’e.

WANITA HARI INI ISTIMEWA HARI IBU – Isnin, 13 Mei 2013, jam 12.00 tengahari
Program bual bicara tempatan khusus untuk wanita, Wanita Hari Ini (WHI) akan meraikan Hari Ibu dengan gayanya tersendiri. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hos-hos WHI menyambut hari istimewa ini menerusi topik ‘Ibu…Anugerah Paling Bermakna’ dalam menghargai pengorbanan golongan ibu. Terdapat pelbagai perisian menarik bakal dipaparkan di episod istimewa ini dan antara topik yang akan dibincangkan ialah Teknik Bayi Tabung atau lebih dikenali sebagai IVF (In Vitro Fertilization). Nantikan tetamu undangan yang bakal muncul dalam studio WHI nanti!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua program hebat ini di TV3 dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Fizz Fairuz membawa watak Sani iaitu adik kepada Azman

Hani (Lana Nordin) dan maknya (Norlia Ghani) yang sentiasa merancang untuk menghancurkan perkahwinan anaknya, Azman

Perkahwinan Taqifah (Lisdawati) dan Azman (Fauzi Nawawi) yang tidak direstui oleh maknya

Shakti The Power

Taqifah (Lisdawati) sentiasa bersabar dengan dugaan yang hadir dalam hidupnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memey Suhaiza Nafi Mulai Bertudung Bukan Untuk Tujuan Politik

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3