in

Filem Ribut Barat Lakonan Yusof Haslam

[dropcap]S[/dropcap]lot Pilihan Jumaat yang disiarkan menerusi saluran TV2 menjadi platform dalam menyiarkan filem-filem lama yang membangkitkan nostalgia penggemar filem terhadap karya-karya yang pernah popular suatu ketika dahulu. Pemilihan filem-filem yang mengetengahkan karya seni seniman tersohor di samping memperkenalkan pelakon hebat yang dikenali sehingga kini nyata menerima sambutan hangat penonton setiap minggu.

Mengambil tempat menghiburkan penonton setia slot Pilihan Jumaat hujung minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM)mengimbas kembali filem lama yang mengangkat nilai kekeluargaan yang runtuh akibat pengaruh budaya barat yang keterlaluan dalam filem “Ribut Barat” pada 10 Mei 2013, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2 arahan Salleh Ghani pada tahun 1981.

[pullquote align=”right”]Filem “Ribut Barat” Arahan Salleh Ghani Isi Slot Pilihan Jumaat di TV2 pada 10 Mei 2013, jam 2.00 petang[/pullquote]

Menampilkan gandingan pelakon hebat Dato’ Yusof Haslam, Maria Arshad, Hail Amir, Raja Noor Baizura dan Rose Iskandar, filem diterbitkan dalam bentuk warna ini mengetengahkan kisah mengenai pasangan muda yang baru berkahwin dan kembali ke tanah air dari luar negara.

Nyata kehidupan mereka kini benar-benar jauh tersasar daripada amalan budaya Timur dan segalanya kini dipenuhi dengan gaya hidup jenis barat. Mereka ‘terbawa-bawa’ gaya hidup barat yang sudah biasa mereka amalkan ketika di luar negara. Sikap mereka akhirnya menyebabkan perkahwinan mereka jadi berantakan dan berpecah-belah.

Plot kisahnya bermula dengan watak utama Yusof graduan luar negara yang kembali ke tanah air bukan sahaja dengan membawa segulung ijazah. Malahan dia juga turut membawa pulang seorang isteri yang cantik bersamanya untuk diperkenalkan kepada kaum keluarganya.

Kedua-dua pasangan suami isteri muda ini telah menerima pakai sepenuhnya gaya hidup barat. Dia memandang rendah terhadap orang-orang di sekelilingnya yang mengamalkan budaya timur dan berpegang kepada ajaran agama.

Tindakannya itu membuatkan insan-insan terdekat termasuk ibunya ‘makan hati’ dan rasa tersinggung dengan perlakuannya. Begitu juga dengan saudara mara terdekatnya yang begitu terkejut dengan penampilan baru Yusof itu.

Yusof yang terlalu menyintai isterinya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita itu. Dia asyik dibuai rasa cinta tanpa menyedari tindakannya itu melukakan hati dan perasaan ibu bapanya sendiri.

Usah ketinggalan mengimbas kembali filem menarik ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemuncak Putaran Akhir Indonesia Mencari Bakat 3

Drama Alahai Omak Dan Aku Bukan Masyitah di TV1