in ,

Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan

Kempen ‘Zoom! Malaysia’ merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengukuhkan dan merangsang industri pelancongan domestik serta bertindak sebagai motivasi untuk rakyat Malaysia merancang percutian, mengambil peluang meneroka pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di Malaysia serta menggalakkan integrasi nasional. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 14 Mei 2008.

Bersempena dengan kempen tersebut, Media Prima telah dilantik sebagai rakan media bagi membantu mempromosikan kempen tersebut. Justeru, satu majlis pelancaran Kempen Zoom! di Media Prima akan diadakan pada Selasa, 4 November 2008.

Turut hadir pada majlis ini adalah Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia dan En Abdul Rahman Ahmad Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZLEY BAKAL JADI DADDY COOL

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO