in ,

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO

Setelah lebih setahun syarikat ini ditubuhkan, Mila Jirin, pemenang AF5 ini mengambil langkah setapak lagi dengan memeterai perjanjian persefahaman kerjasama dua belah pihak antara syarikat milik beliau iaitu MC Voices & Stars Sdn Bhd dengan syarikat pengurusan beliau iaitu MAESTRO Talent and Management Management Sdn Bhd.

En. Norazlin (Financial Consultant MC Voices), En Bernie Cheah (Chairman MC Voices), Mr Freddie Fernandez (MAESTRO), Mr Prakesh (MAESTRO) & Pn Ireani Yaacob (Consultant – MC Voices & Stars)

Antara kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah pihak ialah saling bersepakat dalam menjana pendapatan yang berkaitan dengan MILA dan juga bekerjasama di dalam projek-projek khas dan penerbitan album atau single beliau akan datang.

Perjanjian ini dimeterai di antara rakan kongsi dan juga pengerusi MC Voices & Stars iaitu Encik Bernard Cheah, dengan Encik Freddie Fernandez bagi pihak MAESTRO Talent and Management di pejabat MAESTRO. Mila turut hadir di sesi tandatangan itu.

“Harapan saya perjanjian ini akan menjadi titik tolak untuk mengembangkan sayap Mila ke tahap seterusnya dan juga memberi peluang kedua belah pihak untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi. Saya berterima kasih kepada pihak MAESTRO kerana memberi peluang kepada Mila untuk memberi lebih input di dalam kerjaya beliau sendiri”, kata Encik Bernard Cheah.

Antara rancangan terdekat kedua belah pihak ialah mengeluarkan album Karaoke Persis Mutiara Mila yang akan di edarkan dalam bulan November nanti di mana terdapat di dalamnya 8 buah lagu-lagu dalam bentuk karaoke dari album Persis Mutiara.

En Bernie Cheah, Mila Jirin dan En Freddie Fernandez

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan

TAHNIAH KIERAN PENYAMPAI BARU STESEN RADIO HOT FM