in

KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2009

LIMA DJ RADIO Ai FM BERKONGSI KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2009 DENGAN PENDENGAR DI KONTI

Sebagai berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada 26 dan 27 Januari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi satu-satunya stesen radio berbahasa Cina, Ai FM menyediakan variasi rancangan yang pasti menceriakan hati pendengar dan memeriahkan lagi suasana musim perayaan ini.

“Istimewanya, program-program khas ini disiarkan kepada pendengar bermula seawal tarikh 19 Januari hingga 28 Januari 2009 secara berterusan. Sebagai permulaan, program yang dikeudarakan akan fokus menyampaikan info-info berkaitan tips berbelanja cara berhemah dengan memilih harga yang berpatutan selain menjadi pengguna yang bijak berbelanja supaya tidak berlaku pembaziran. Apatahlagi lagi disaat negara berdepan kenaikan harga barang ketika ini,” beritahu Madam Lee Woo Sioh yang juga Pengawal Ai FM berkongsi maklumat berkaitan program menarik Ai FM sempena Tahun Baharu Cina 2009 sewaktu memulakan perbualan ketika ditemubual di pejabatnya di Wisma Radio, Angkasapuri.

Beliau turut menambah, ”Namun sepanjang 3 hari berturut-turut iaitu 25 hingga 27 Januari ini, Ai FM tampil dengan tema rancangan ‘Ai FM Ai Gong Xi Fa Cai’ ini lebih padat dengan pengisian program-program menarik sesuai untuk dikongsi bersama pendengar termasuklah program Kiraan Detik Tahun Lembu, Hidangan Istimewa Sekeluarga, rakaman Pesta Hong Bao Ai FM 2009, dedikasi lagu, sketsa khas CNY, feng shui, Mesra China Radio International (CRI) untuk berkongsi kemeriahan dan berinteraksi dengan masyarakat yang tinggal di negara China, drama khas, carta lagu Ai FM, ramalan zodiak dan istimewa sampaikan salam yang disiarkan ke udara oleh DJ-DJ yang bertugas di konti.”

Selain itu, pendengar-pendengar juga berpeluang memenangi hadiah bertuah menerusi ”Kuiz Bertuah” yang menarik. Walaupun kuiz ini penuh dengan cabaran tetapi ia pasti menyeronokkan dan menghiburkan pendengar sepanjang musim perayaan ini.

Begitu pun program-program istimewa yang bakal menghiburkan pendengar sepanjang perayaan ini tidak akan mampu dilaksanakan tanpa sedikit pengorbanan waktu dilakukan DJ-DJ Ai FM yang meluangkan masa mereka di konti sewaktu orang lain seronok berkumpul meraikan sambutan perayaan istimewa ini bersama keluarga dan insan tersayang.

3199567542 4D0739B232 | 4
 
Kesempatan menemubual lima orang DJ Ai FM sewaktu sesi fotografi di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini membuka ruang berkongsi kisah-kisah menarik mereka untuk dikongsi sama peminat setia tentang sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini. Keceriaan jelas tergambar di wajah lima DJ Radio AiFM iaitu  Bi Zhi, Xiao Fen, Jia Wen, Li Qiang dan Guo Jun.

Menariknya, kelima-lima mereka terlibat sama-sama menjayakan program Pesta Hong Bao Ai FM 2009 dibawah bimbingan Cikgu Shirene Chan untuk melakonkan watak dalam opera selain persembahan pentas oleh artis-artis terkenal Cina tempatan yang dirakamkan khas untuk pendengar setia Ai FM selain dapat disaksikan pada 27 – 28 Januari 2009 (Selasa – Rabu), episod 1 dan 2, jam 10.00 pagi di TV2.

DJ BI ZHI PENGALAMAN 4 TAHUN BERTURUT-TURUT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA DI KONTI

Selesa dengan penampilannya berambut pendek, DJ Bi Zhi, 28, yang telah berkhidmat sebagai DJ Ai FM sejak empat tahun lalu nyata teruja mahu meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sekali lagi tahun ini bersama peminatnya di konti. Pengalaman selama empat tahun berturut-turut bertugas ketika perayaan Tahun Baharu Cina sememangnya dianggap sebagai menyeronokkan kerana dapat berkongsi kemeriahan dengan pendengar-pendengar setia Ai FM termasuk yang membuat panggilan di konti kerana dia berasal dari Sentul dan tidak menuntutnya untuk pulang bercuti ke kampung. Malah graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Sains Malaysia ini, dia akan bertugas mulai jam 10.00 pagi hingga 2 petang pada 26 Januari.  

DJ XIAO FEN PULANG KE KUALA KANGSAR

Jika teman setugasnya hanya meraikan sambutan di ibukota, sebaliknya pula bagi DJ Xiao Fen yang akan pulang beraya di kampung kelahirannya di Kuala Kangsar, Perak meraikannya bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Meniti usia 28 tahun, gadis manis yang juga telah empat tahun menjadi DJ Ai FM ini turut bertugas hari perayaan ini dan merancang untuk bercuti 4 hari meraikan Tahun Baharu Cina apatahlagi kesempatan untuk pulang berkumpul dengan keluarga serta sahabat handai tidak selalu hadir. Namun dia tidak menafikan, perbezaan yang ketara jelas dalam dirinya kerana sejak bergelar DJ, hambatan tugas membuatkan masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti yang lebih bermakna bukan seperti sebelumnya yang gemar sekadar meluangkan masa senggangnya di rumah sahaja.

3199568258 A3Aa614775 | 5

DJ JIA WEI DARI BIDANG KEJURUTERAAN KE PENYIARAN

Jika sekali pandang pastinya ada yang menyatakan jejaka yang baru mencecah usia 25 tahun ini sebagai lelaki Melayu. Buktinya wajah dikenali DJ Jia Wen ini persis Melayu. Namun setelah ditanyakan kepada pemilik tubuh kecil molek ini, segalanya disebabkan ibunya wanita berasal dari negara jiran, Thailand sementara bapanya pula Cina dari Melaka. Ketika diajukan soalan bagaimana boleh memulakan kerjaya sebagai DJ Ai FM, Jia Wei berkelulusan bidang Kejuruteraan dari Universiti Malaya ini berterus-terang penglibatannya secara tidak sengaja. Namun pada masa tidak menafikan sememangnya dia berminat menjadi DJ. Turut turun padang bertugas pada perayaan ini, DJ Jia Wei yang memulakan kerjayanya di RTM sejak Julai 2007 lalu menganggapnya sebagai pengalaman menyeronokkan berkongsi keceriaan menyambut Tahun Baharu Cina bersama peminat setia saluran Ai FM yang popular di kalangan pendengar masyarakat Cina di ibukota. Dengan nada serius, dia mendefinisikan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai hari untuk berkumpul sekeluarga, makan bersama sambil berbual-bual kerana pada hari biasa, kesempatan untuk meluangkan masa bersama agak terbatas. 

DJ LI QIANG KONGSI PENGALAMAN SAMBUT TAHUN BAHARU CINA DI TAIWAN

Untuk mendekati dan mengenali jejaka berusia 28 tahun kelahiran Beufort, Sabah ini mudah dan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk rapat dengannya. Apatahlagi dia yang mula bertugas di konti Ai FM sejak dua tahun lalu memang murah dengan senyuman dan peramah orangnya. Ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina begitu dinantikan oleh DJ Li Qiang yang buat pertama kalinya bertugas dihari perayaan penuh bermakna ini. Keterujaan jelas tergambar di wajahnya yang sebenarnya memiliki pengalaman manis menyambut Tahun Baharu Cina di Taiwan. Ketika itu dia sedang mengikuti pengajian selama 4 tahun dalam bidang Komunikasi Massa (Radio dan TV) di Universiti Ming Chuan, Taipei, Taiwan. Kerana mahu merasakan bagaimana pengalaman meraikan perayaan itu di sana, DJ Li Qiang memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia dan meraikannya di sana. Namun sambutan di Taiwan jelas menampakkan perbezaan kerana masyarakat negara itu tidak menyambutnya secara meriah seperti diraikan penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Di sana sambutan ala kadar kerana perayaan Tahun Baharu Cina dianggap biasa kerana saban tahun ia disambut sebahagian besar penduduk Taiwan.

3198723491 205D59700F | 6

DJ GUO JUN GEMBIRA SAMBUT PERAYAAN DENGAN PENDENGAR DI KONTI

Mesra disapa DJ Guo Jun, pemuda yang masih bujang ini spontan mengakui dirinya begitu gembira kerana dapat bertugas dan menghiburkan pendengar yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dengan mengikuti siaran stesen Ai FM meskipun sibuk meraikan perayaan sambutan Tahun Baharu Cina bersama yang tersayang. Ia dianggap sebagai hadiah paling berharga kerana beranggapan pendengar setia mereka terutama yang membuat panggilan di konti begitu menghargai tugas mereka. Dengan susuk tubuhnya yang kecil molek, sukar untuk mempercayai dirinya kini sudah melewati usia 32 tahun. Malah DJ Guo Jun telah 10 tahun mengutip pengalaman sebagai DJ di Ai FM terlebih dahulu memulakan tapak kerjayanya sebagai wartawan selama dua tahun.    

Sebelum mengakhiri sesi temubual, mereka sempat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2009 kepada peminat dan pendengar setia saluran Ai FM tidak kira walau dimana berada dan jangan ketinggalan mendengarkan seleksi program-program menarik ke udara sepanjang perayaan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UJIBAKAT BINTANG RTM 2009

TAMU AWANI BERSAMA DR K S JOMO