Meskipun kini pertandingan mencungkil bakat dalam bidang nyanyian tumbuh umpama cendawan lepas hujan, namun pertandingan Bintang RTM anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya masih memiliki auranya yang tersendiri untuk menarik penyertaan penyanyi-penyanyi amatur di Malaysia mempertaruhkan bakat masing-masing.
Malah Bintang RTM sememangnya telah melahirkan ramai penyanyi-penyanyi berbakat yang telah mencipta nama dipersada muzik tanahair antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Azharina dan Misha Omar.
Ujibakat Bintang RTM 2009 yang telah berlangsung sejak 10 dan 11 Januari lalu diadakan di empat lokasi berbeza melibatkan RTM Kuching, RTM Miri, RTM Labuan dan RTM Kota Kinabalu yang telah menarik penyertaan warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 25 tahun yang mahu mengetengahkan bakat mereka.
Peserta yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat ini bebas untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan atau antarabangsa samada lagu berirama pop komersial, balada, rock, R&B, Jazz, dangdut dan pop tradisional.
Ujibakat Bintang RTM 2009 turut diadakan di RTM Pulau Pinang pada 16 hingga 18 Januari 2009, Plaza Angsana Johor Bahru pada 17 hingga 18 Januari 2009, Taman Awam Batu Buruk Kuala Terengganu pada 23 hingga 25 Januari 2009 sebelum sesi ujibakat terakhir berlangsung di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Februari 2009.
Kepada anda yang berminat menyertai Ujibakat Bintang RTM 2009 boleh mendapatkan borang penyertaan atau maklumat lanjut di stesen RTM berhampiran atau meluangkan masa melayari laman sesawang : www.bintangrtm.com.
opsss…hope sngt sye dpt jadi finalis bintang rtm tuk tahun nie…pray 4 me yer guysss…
bintang rtm memamg BeStttt….=)
harap2 dapat masuk bintang rtm 2009 ni…. tak menag pun tak pe….
yang penting is dah cuba.
doa kan ye
ermmmm…….
danish aku doakan ko berjaya…
tp aku x terpilih untuk 30 perseta tu…
tp aku akan sokong ko sebagai peminat nanti..wakakaka
bintng rtm is the best
i hope sheqa y menang…
best ke bintang rtm ni..x penah tgk la..br jer tgk ari 2..ok la..yg peserta c fara tu c seri yang top 25 af6 tu kan..adoi..beriya tol bdk2 zaman sekarang nk jd penyanyi..
Hope Tiera dapat masuk finalllll….aku doakan suma calon BRTM 30 berjaya amin…
arap2 satra dpt jd juara….fuiyoooh!!!
Fara or seri tu the same person. Yg masuk top 25 af6 dulu. Before this she finalis Bintang Merdeka (something like that la) Masa tu minah nie pakai tudung. Whatever., voice die best.
aku harap-harap sangat jo anna sue henly rampas memenangi bintang rtm 2009 tahun ini kerana beliau sememangnya berbakat besar.kita nantikan kemunculan beliau
kopisanangan kuma di joanna rampas kio.ahap oku do kemenangan ko do hilo pertandingan rtm.om lepas keluar nanti harap jangan sombong..sombonglah kio umandak…god bless u…amen
hallo…girl..wow she is very beuty…nice skin…
btl 2 kikilala..sdp ke voice die?x besh la..not original voice.die bsrkn sore die..so bad u know..mmg dulu die pkai tp skng die seksi u..ehehehe..
kpada bintang rtm 2009 buat yang terbaik untuk diri ……. semoga berjaya
salam,kpada shiqal yang kuar mgu ptama x p.shiqal handsom boleh cari kawan masuk progam gangstars mgu k-2. shiqal bleh punya . saya akan sokong shiqal. heheheheheh
assalamualaikum kpd peminat2 BRTM2009 saya harap anda akan dpt mnyokong semua peserta2 ini.
shiqal saya harap shiqal menjadi juara dalam pertandingan brtm09 ini
kepada finalis2 BRTM2009 buatlah yg terbaik dan bersungguh2 .dan kami doakan semua yang terlibat dgn PBRTM2009. kami sokong anda semua.
saya peminat2 anda semua? pastikan warga kerja rtm memberi manfaat kepada pada penonton TV1 DAN TV2. Dan tak lupa kpd finalis2 yg kami disayangi.
assalamualaikum pd rtm..yana berminat sngat nak mnyertai bntang rtm ni..tapi…tak berkesmpatan lg…kalau boleh adakan la ujibakat di alor setar kedah sama..
i nak jd penyanyi rock