in

TAMU AWANI BERSAMA DR K S JOMO

TAMU AWANI BERSAMA DR K S JOMO:
MENANGANI KRISIS EKONOMI DUNIA

Adakah anda sedar petunjuk kewangan tidak mencerminkan ekonomi sebenar? Dalam erti kata lain, pasaran saham sebenarnya tidak berkaitan dengan asas ekonomi.

Dr. Jomo Kwame Sundaram ( lebih dikenali sebagai K S Jomo) adalah pemikir ekonomi negara yang juga seorang pensyarah dan penulis dalam syarahan umumnya pada 2007 telah memberi amaran dan menggesa sektor awam serta swasta supaya mewujudkan “sumber kekayaan baru”. Ia boleh dibuat dengan membangunkan keupayaan dan kebolehan baru, bukannya dengan cara menyalurkan wang untuk strategi gabung, pembelian dan melabur ke dalam sektor ekonomi yang sedia ada.

Dr Jomo Kwame Sundaram, Penolong Setiausaha Agung Mengenai Pembangunan Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Hubungan Sosial, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Adakah rakyat Malaysia memberi perhatian amaran itu, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan situasi ekonomi yang merudum? Sertai Kamarul Bahrin Haron bersama Dr Jomo yang akan membincangkan seteruk mana krisis ekonomi itu dan dimana kedudukan Malaysia sebenarnya. Perbincangan juga akan menyentuh mengenai strategi yang perlu diberi perhatian serta melihat peluang disebalik krisis ini.

3202023557 3E336D39Fe | 4

Penyampai Astro AWANI Kamarul Bahrin Haron

Menurut Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz, ”Diskusi bermaklumat seperti ini memang tepat pada masanya. Ia akan melihat kedudukan sebenar ekonomi negara dan dunia. Ketika ini ramai yang mencari sinar di sebalik kegelapan. Mereka mencari petunjuk yang positif dan peluang-peluang yang baru. Sebagai kumpulan media, kami tampil menyediakan platform untuk diskusi membina.”

Tamu AWANI bersama Dr K S Jomo akan ke udara pada Rabu 21 Januari ini jam 10.30 malam ekslusif di Astro AWANI (Saluran 501), Gerbang Dunia Kita.

3202871494 7D3D7Fec11 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2009

Gambar Kekasih Baru Nor Aliah Lee